Connect with us

Terkini

Kerajaan Terengganu pertimbang lantik bukan Islam, kelompok profesional sebagai ADUN

Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir kerajaan negeri Terengganu bercadang mewujudkan kumpulan ‘pembangkang’ yang bukan macam UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN), kata seorang exco.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Razali Idris.
  • Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir kerajaan negeri Terengganu bercadang mewujudkan kumpulan ‘pembangkang’ yang bukan macam UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN), kata seorang exco.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Razali Idris, berkata ketika ini parti pemerintah sedang mempertimbangkan untuk melantik empat ADUN lantikan dalam kalangan profesional, golongan minoriti bukan Islam, OKU, dan NGO dari pelbagai bidang.
  • “Pembangkang yang kita nak wujudkan ini sudah tentu mereka yang membangkang untuk membetulkan kerajaan, bukan pembangkang yang bermatlamat macam UMNO dulu di Terengganu untuk meruntuhkan kerajaan,” katanya hari ini.

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir kerajaan negeri Terengganu bercadang mewujudkan kumpulan ‘pembangkang’ yang bukan macam UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN), kata seorang exco.

Menurut laporan FMT yang memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Razali Idris, berkata ketika ini parti pemerintah sedang mempertimbangkan untuk melantik empat ADUN lantikan dalam kalangan profesional, golongan minoriti bukan Islam, OKU, dan NGO dari pelbagai bidang.

“Pembangkang yang kita nak wujudkan ini sudah tentu mereka yang membangkang untuk membetulkan kerajaan, bukan pembangkang yang bermatlamat macam UMNO dulu di Terengganu untuk meruntuhkan kerajaan,” katanya hari ini.

Perkembangan berkenaan menyusul selepas tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu yang menyaksikan PN menyapu bersih semua 32 kerusi DUN.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini berkata, undang-undang tubuh kerajaan Terengganu membolehkan kerajaan negeri melantik ADUN sekiranya ada kelompok tertentu tidak ada perwakilan.

Mengulas lanjut urusan melantik ADUN ‘pembangkang’ itu, Razali berkata ia sudah pun dibincangkan namun masih lagi dalam proses penelitian.

“Keputusan akan dibuat secepat mungkin,” tambahnya.

Ditanya adakah kerajaan negeri bersedia melantik ahli politik yang tewas PRN lalu, Razali yang juga Ketua Penerangan BERSATU menegaskan keutamaan perlu diberikan kepada golongan profesional yang bebas pengaruh politik.

“Pembangkang yang kalah itu tak perlu. Mereka kena muhasabah diri kenapa rakyat tolak mereka. Tak pernah ada dalam sejarah Terengganu rakyat tolak 40-0… 32 DUN, lapan Parlimen,” katanya.

Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pernah menyarankan kerajaan Terengganu melantik 10 ADUN dalam kalangan NGO dan golongan minoriti yang akan berfungsi sebagai pembangkang.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *