Connect with us

Terkini

Kerajaan akan dapatkan cadangan LHDN selaras dasar cukai – PM

Kerajaan akan mendapatkan input dan cadangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyelaraskan beberapa dasar percukaian atau pengenalan cukai baharu tanpa melanggar prinsip sehingga membebankan pembayar cukai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan akan dapatkan cadangan LHDN selaras dasar cukai – PM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan akan mendapatkan input dan cadangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyelaraskan beberapa dasar percukaian atau pengenalan cukai baharu tanpa melanggar prinsip sehingga membebankan pembayar cukai.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini kerana kerajaan amat menitikberatkan kesejahteraan rakyat.
  • “Saya akan berhubung dengan LHDN untuk mendapatkan input dan cadangan mereka bagaimana secara berkesan melaksanakan beberapa pelarasan dasar atau memperkenalkan langkah cukai baharu berlandaskan prinsip asas dasar kita dengan mengenakan cukai apabila sangat perlu dan bukan menjadi beban kepada pembayar cukai,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan 2023 anjuran LHDN dan Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mendapatkan input dan cadangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyelaraskan beberapa dasar percukaian atau pengenalan cukai baharu tanpa melanggar prinsip sehingga membebankan pembayar cukai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini kerana kerajaan amat menitikberatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, prinsip asas pelaksanaan dasar percukaian negara ialah mengenakan cukai apabila ia sangat perlu dan tidak menjadi beban kepada pembayar cukai.

Katanya, hasrat kerajaan adalah menggalakkan pembayar cukai lebih produktif dan menyumbang kepada negara.

Jelasnya, bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi untuk manfaat kumpulan rentan, sistem percukaian dan agensi yang mengendalikannya mesti cekap, bersih dan sangat berkesan.

“Saya akan berhubung dengan LHDN untuk mendapatkan input dan cadangan mereka bagaimana secara berkesan melaksanakan beberapa pelarasan dasar atau memperkenalkan langkah cukai baharu berlandaskan prinsip asas dasar kita dengan mengenakan cukai apabila sangat perlu dan bukan menjadi beban kepada pembayar cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan 2023 anjuran LHDN dan Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi.

Sumber: Berita Harian

Author