Connect with us

Antarabangsa

Kebakaran hutan di Tenerife makin marak di luar kawalan

Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol, semakin marak dan di luar kawalan walaupun bomba bertungkus lumus memadam api selama empat hari, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Wartawan TMT

Published

on

Kebakaran hutan di Tenerife makin marak di luar kawalan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol, semakin marak dan di luar kawalan walaupun bomba bertungkus lumus memadam api selama empat hari, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
  • Setakat ini, kebakaran hutan itu memusnahkan kira-kira 8,400 hektar tanah, lonjakan yang besar sejak kali terakhir direkodkan, kata ketua wilayah Kepulauan Canary, Fernando Clavijo pada Sabtu malam.
  • Lebih 12,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka di 11 bandar berbeza akibat kebakaran di utara dan timur laut pulau itu, menurut anggaran pihak berkuasa.
  • Di sebalik perkembangan itu katanya, keseluruhan bahagian selatan kebakaran itu “sangat stabil,” walaupun kawasan utara kebakaran masih menjadi kebimbangan.
  • Pemimpin itu pada masa sama menyifatkan kebakaran itu antara yang paling teruk di Tenerife dalam tempoh 40 tahun lalu.

MADRID: Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol, semakin marak dan di luar kawalan walaupun bomba bertungkus lumus memadam api selama empat hari, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Setakat ini, kebakaran hutan itu memusnahkan kira-kira 8,400 hektar tanah, lonjakan yang besar sejak kali terakhir direkodkan, kata ketua wilayah Kepulauan Canary, Fernando Clavijo pada Sabtu malam.

Di sebalik perkembangan itu katanya, keseluruhan bahagian selatan kebakaran itu “sangat stabil,” walaupun kawasan utara kebakaran masih menjadi kebimbangan.

Pemimpin itu pada masa sama menyifatkan kebakaran itu antara yang paling teruk di Tenerife dalam tempoh 40 tahun lalu.

Lebih 12,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka di 11 bandar berbeza akibat kebakaran di utara dan timur laut pulau itu, menurut anggaran pihak berkuasa.

Pada awalnya, pihak berkuasa menganggarkan 26,000 orang telah berpindah dari rumah mereka pada Sabtu, tetapi jumlah itu menurun setelah disemak semula.

Tiada kecederaan atau kemusnahan rumah dilaporkan.

Advertisement

Kehidupan kebanyakan penduduk diteruskan seperti biasa di kawasan pelancongan pulau itu, menurut maklumat rasmi.

Punca kebakaran, yang berlaku berhampiran bandar kecil Arafo, masih belum jelas dan Clavijo mengatakan siasatan telah dimulakan.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending