Connect with us

Terkini

Jangan sentuh isu 3R semasa PRK di Johor – Ketua Polis Negara

Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak agar isu melibatkan agama, raja dan kaum (3R) tidak disentuh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Wartawan TMT

Published

on

Jangan sentuh isu 3R semasa PRK di Johor - Ketua Polis Negara
Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak agar isu melibatkan agama, raja dan kaum (3R) tidak disentuh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebolehnya pihaknya tidak mahu membuka kertas siasatan untuk isu-isu sedemikian.
  • Kata beliau, penyokong parti di Johor perlu mempamerkan disiplin tinggi sama seperti ditunjukkan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang lalu.
  • “Hari ini saya akan turun ke Johor untuk mendengar taklimat persiapan yang telah dibuat bagi menghadapi PRK tersebut. Saya yakin Ketua Polis Johor dan anggotanya telah bersiap siaga,” katanya.

MELAKA: Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak agar isu melibatkan agama, raja dan kaum (3R) tidak disentuh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebolehnya pihaknya tidak mahu membuka kertas siasatan untuk isu-isu sedemikian.

Kata beliau, penyokong parti di Johor juga perlu mempamerkan disiplin tinggi sama seperti yang ditunjukkan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang lalu.

“Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku semasa hari penamaan calon pada PRN lepas. Saya amat yakin kalau di Johor ini dengan kebanggaan bangsa Johor, saya rasa mereka ini matang dalam menghadapi PRK kali ini.

“Hari ini saya akan turun ke Johor untuk mendengar taklimat persiapan yang telah dibuat bagi menghadapi PRK tersebut. Saya yakin Ketua Polis Johor dan anggotanya telah bersiap siaga,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Lahir Ke-74 Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Terdahulu, Razarudin menerima pingat Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sementara itu, berhubung isu 13 anggota bersama seorang pegawai polis ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan sekitar Seremban, Negeri Sembilan, Razarudin berkata, beliau kecewa kerana masih terdapat segelintir menyalahgunakan kuasa dan terlibat dalam perkara menyalahi undang-undang.

Tegasnya, polis akan terus mengambil tindakan ke atas pegawai dan anggota yang terlibat dan mengenakan tindakan tatatertib walaupun belum dituduh di mahkamah.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending