Connect with us

Terkini

Jangan sekadar lihat pesona ahli politik – Lim Yi Wei

Pengundi diingatkan tidak sekadar melihat pesona ahli politik, sebaliknya menilai dasar dan polisi dibawa Pakatan Harapan (PH) melalui kejayaan pentadbiran negeri ditadbirnya untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Aida Norfazira

Published

on

Jangan sekadar lihat pesona ahli politik – Lim Yi Wei
Foto: Calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei (hujung kanan).
  • Pengundi diingatkan tidak sekadar melihat pesona ahli politik, sebaliknya menilai dasar dan polisi dibawa Pakatan Harapan (PH) melalui kejayaan pentadbiran negeri ditadbirnya untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.
  • Calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei meminta pengundi, khususnya pengundi wanita, untuk memberi peluang kepada PH walaupun statistik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu menunjukkan pengundi wanita mengundi secara konservatif dan tertarik kepada pesona ahli politik.
  • “Kerajaan Negeri Selangor mementingkan dan menjaga kebajikan wanita melalui program-program sedia ada melalui Pusat Wanita Berdaya di 56 DUN yang menganjurkan program pemberdayaan wanita, upskilling wanita dan juga melindungi kebajikan wanita dan hak wanita.
  • “Jadi saya harap para pengundi wanita beri peluang kepada Pakatan Harapan, jangan sekadar melihat pesona ahli-ahli politik tetapi melihat dari segi dasar dan polisi,” katanya kepada The Merdeka Times selepas Ceramah Perdana Pakatan Harapan di Bandar Utama di sini pada Sabtu lalu. 

PETALING JAYA – Pengundi diingatkan tidak sekadar melihat pesona ahli politik, sebaliknya menilai dasar dan polisi dibawa Pakatan Harapan (PH) melalui kejayaan pentadbiran negeri ditadbirnya untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei meminta pengundi, khususnya pengundi wanita, untuk memberi peluang kepada PH walaupun statistik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu menunjukkan pengundi wanita mengundi secara konservatif.

Beliau tidak menafikan kelompok terbabit tertarik dengan pesona ‘Abah’ yang ditonjolkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada PRU15 kerana pengundi wanita memikirkan tentang kestabilan rumah tangga, ekonomi dan kebajikan keluarga.

“Tetapi, apa yang saya ingin memberitahu pengundi wanita di Selangor dan negeri-negeri lain yang sedang menjalankan pilihan raya negeri ialah bahawa di Selangor, Kerajaan Negeri Selangor mementingkan dan menjaga kebajikan wanita melalui program-program sedia ada melalui Pusat Wanita Berdaya di 56 DUN yang menganjurkan program pemberdayaan wanita, upskilling wanita dan juga melindungi kebajikan wanita dan hak wanita.

“Jadi saya harap para pengundi wanita beri peluang kepada Pakatan Harapan, jangan sekadar melihat pesona ahli-ahli politik tetapi melihat dari segi dasar dan polisi,” katanya kepada The Merdeka Times selepas Ceramah Perdana Pakatan Harapan di Bandar Utama di sini pada Sabtu lalu. 

Mengulas lanjut, Yi Wei berkata apa dijanjikan PH juga adalah untuk kebaikan golongan wanita, kanak-kanak dan keluarga. 

“Saya kira Kerajaan Negeri Selangor telah melakukan banyak program untuk para pengundi wanita dan juga keluarga,” katanya. – The Merdeka Times

Author