Connect with us

Terkini

Jangan berlebihan pasang bendera parti, utamakan keselamatan jalan raya

Pemandu kenderaan diingatkan agar berpada-pada serta tidak berlebihan dalam menghias bendera atau simbol parti politik sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Wartawan TMT

Published

on

Jangan berlebihan pasang bendera parti, utamakan keselamatan jalan raya
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemandu kenderaan diingatkan berpada-pada serta tidak berlebihan menghias bendera atau simbol parti politik sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, walaupun memahami keghairahan memberi sokongan terhadap parti politik disukai itu wajar diraikan, keselamatan jalan raya perlu diberi keutamaan.
  • Anthony Loke mengulas keghairahan segelintir pemilik kenderaan berat khususnya lori yang dilihat keterlaluan memasang bendera parti politik sempena PRN di enam negeri tidak lama lagi.
  • “Begitupun, saya rasa tidak perlu lah sampai ada larangan khusus (pemasangan bendera parti politik pada kenderaan),” katanya.

KUALA TERENGGANU – Pemandu kenderaan diingatkan agar berpada-pada serta tidak berlebihan dalam menghias bendera atau simbol parti politik sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, walaupun memahami keghairahan memberi sokongan terhadap parti politik disukai itu wajar diraikan, keselamatan jalan raya perlu diberi keutamaan.

“Sebarang pemasangan bendera parti politik terutama pada kenderaan berat wajar tidak sesekali mengabaikan keselamatan jalan raya.

“Janganlah sampai mengganggu penglihatan pemandu sewaktu berada di jalan raya,” katanya di Kampung Cina di sini malam tadi.

Anthony Loke mengulas keghairahan segelintir pemilik kenderaan berat khususnya lori yang dilihat keterlaluan memasang bendera parti politik sempena PRN di enam negeri tidak lama lagi.

Beliau berkata, pemasangan bendera parti politik terbabit juga seharusnya tidak mengganggu pemanduan pengguna jalan raya lain.

“Begitupun, saya rasa tidak perlu lah sampai ada larangan khusus (pemasangan bendera parti politik pada kenderaan).

“Paling penting kita perlu bertimbang rasa antara satu sama lain, sentiasa berwaspada dan berhati-hati di jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending