Terkini
Isu penjualan saham Renong: Halim Saad saman Tun Mahathir
Ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad hari ini mengemukakan saman terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berikutan kerugian yang dialaminya selepas diarahkan kerajaan menjual saham miliknya dalam Renong Bhd 23 tahun lalu.

- Ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad hari ini mengemukakan saman terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berikutan kerugian dialaminya selepas diarahkan kerajaan menjual saham miliknya dalam Renong Bhd 23 tahun lalu.
- Bekas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Renong itu memfailkan saman terbabit pada 2 Ogos lalu melalui firma guaman Tetuan Malik Imtiaz Sarwar dengan menamakan Mahathir, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.
- Menurutnya, beliau diarahkan oleh Mahathir dan Nor Mohamed secara langsung supaya tidak meneruskan tawaran am itu kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan oleh Khazanah.
- Halim memohon perisytiharan, antaranya beliau pemegang saham Renong dan bukannya UMNO selain mendakwa kerajaan melanggar Perkara 8 (1) atau Perkara 13 (2) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberikan pampasan yang memadai kepadanya.
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad hari ini mengemukakan saman terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berikutan kerugian yang dialaminya selepas diarahkan kerajaan menjual saham miliknya dalam Renong Bhd 23 tahun lalu.
Bekas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Renong itu memfailkan saman terbabit pada 2 Ogos lalu melalui firma guaman Tetuan Malik Imtiaz Sarwar dengan menamakan Mahathir, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Halim berkata, tuntutan beliau berdasarkan pelanggaran haknya oleh Kerajaan Malaysia ketika diarahkan Mahathir dan Nor Mohamed untuk tidak meneruskan pemerolehan 32.69 peratus saham dalam Renong Berhad daripada United Engineers Malaysia Berhad (UEM) menurut opsyen jual yang dilaksanakan ke atasnya oleh UEM pada Disember 2000.
Ketika itu Mahathir atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Nor Mohamed pula atas kapasitinya sebagai Penasihat Ekonomi Khas kepada Perdana Menteri.
Beliau berkata pelanggaran itu seperti termaktub dalam Perkara 8 (1) dan Perkara 13 (1) dan atau (2) Perlembagaan Persekutuan.
“Selanjutnya, saya diarahkan oleh defendan pertama dan kedua (Mahathir dan Nor Mohamed) untuk tidak meneruskan pengambilalihan UEM yang saya akan laksanakan bersama Renong.”
“Sebaliknya, saya dikehendaki oleh defendan pertama dan kedua untuk menyokong inisiatif kerajaan melalui anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, Danasaham Sdn Bhd untuk mengambil alih UEM melalui tawaran am.”
“Perancangan kerajaan untuk mengambil alih UEM dan akhirnya diswastakan tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan yang saya bersetuju untuk berikan.”
“Tindakan kolektif dan bersepadu defendan menyebabkan saya kehilangan kawalan ke atas Renong yang juga bermakna kehilangan kawalan secara tidak langsung ke atas UEM dan asetnya yang sangat bernilai termasuk tetapi tidak terhad kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Elite Expressway dan Laluan Kedua Malaysia (LINKEDUA).”
“Saya mengalami kerugian kewangan akibat daripada tindakan defendan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Dalam tuntutan samannya pula, Halim berkata pada masa yang material, Renong memegang 37.92 peratus saham UEM dan beliau pemegang saham individu tunggal terbesar dan mengawal syarikat itu (Renong).
Halim berkata, beliau berniat untuk membuat tawaran am ke atas UEM, sama ada melalui Renong atau bersama Renong, untuk menswastakan UEM sebagai anak syarikat Renong yang akan membolehkan beliau memperoleh kawalan dan milikan penuh ke atas UEM melalui Renong.
Menurutnya, beliau diarahkan oleh Mahathir dan Nor Mohamed secara langsung supaya tidak meneruskan tawaran am itu kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan oleh Khazanah.
“Seiring itu, saya diarahkan keluar daripada UEM dan Renong sebagai pemegang saham dan juga pengarah, termasuk dalam anak syarikat. Ini mewajibkan saya menyerahkan kawalan ke atas Renong dan UEM kepada kerajaan dan selanjutnya melupuskan saham Renong dan mengalami kerugian.”
“Saya mematuhi arahan itu kerana Mahathir adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu. Kesudahannya, Khazanah memperoleh keseluruhan saham UEM melalui anak syarikatnya, Danasaham Sdn Bhd dan dengan itu memperoleh kawalan terhadap UEM yang ketika itu memiliki 32.6 peratus saham Renong.”
“Dengan cara ini, kerajaan mengambil alih UEM dan secara tidak langsung memperoleh kawalan dan hak milik tidak langsung ke atas Kumpulan Renong,” katanya.
Halim memohon perisytiharan, antaranya beliau pemegang saham Renong dan bukannya UMNO selain mendakwa kerajaan melanggar Perkara 8 (1) atau Perkara 13 (2) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberikan pampasan yang memadai kepadanya.
Beliau juga memohon perintah supaya kerajaan membayar pampasan kepadanya dan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan atau teruk, faedah, kos atau relif yang sesuai oleh mahkamah.
Sumber: Buletin TV3
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN