Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Isu pendidikan wanita Afghanistan: Taliban tidak mahu melihat keruntuhan masyarakat negara itu

Jurucakap Taliban memberitahu aktivis wanita di negara itu bahawa penutupan sekolah wanita adalah kerana Taliban tidak mahu melihat keruntuhan masyarakat Afghanistan.

A.R. Khan

Published

on

Isu pendidikan wanita Afghanistan: Taliban tidak mahu melihat keruntuhan masyarakat negara itu
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Jurucakap Taliban memberitahu aktivis wanita di negara itu bahawa penutupan sekolah wanita adalah kerana Taliban tidak mahu melihat keruntuhan masyarakat Afghanistan.

Dalam pertemuan itu, Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid memberitahu aktivis wanita dan kanak-kanak Afghanistan, Mahbouba Seraj bahawa keruntuhan masyarakat negara itu dapat dilihat menerusi konflik dilalui negara itu sejak 40 tahun lepas.

Temubual itu berlangsung di Istana Presiden, dalam satu sedutan video dokumentari AlJazeera yang menampilkan Mahbouba, meminta Mujahid mempertimbangkan agar sekolah dibuka semula untuk kaum wanita.

Selaku jurucakap Emeriyah Islam Afghanistan, Mujahid menjelaskan kepada Mahbouba bahawa pemimpin-pemimpin Taliban tidak mahu mengecualikan pandangan ilmuwan Islam dalam urusan kerajaan kerana perkara itu akan menjejaskan kestabilan kerajaan.

“Kini pemimpin Taliban takut untuk tidak mengambil langkah bersatu dengan ilmuwan kerana perkara itu boleh menyebabkan keruntuhan kerajaan.

“Seandainya kami tidak bersetuju dengan solusi yang dinasihati para ilmuwan kepada kami dan seandainya mereka merasakan bahawa kami membuat keputusan yang salah, (situasi) ini boleh menyebabkan perpecahan,” jelas beliau kepada Mahbouba.

Perbualan ringkas mereka dari dalam video berdurasi lebih dua minit itu antara sedutan dokumentari eksklusif AlJazeera bertajuk “Exclusive access inside the Taliban’s palace” selama lebih kurang 25 minit yang ditayangkan di Youtube sejak dua hari lalu.

Di akhir pertemuan, Mujahid turut berterima kasih dan mendoakan Mahbouba atas usaha dan suaranya dengan berkata, “Semoga Tuhan memberikan (kami) lebih ramai ibu seperti kamu, yang mendesak kami untuk melunaskan hak (yang sepatutnya)”.

Selepas 40 tahun Afghanistan dibelenggu peperangan, Taliban mengambil alih pemerintahan negara itu dari kuasa asing selepas kekalahan dan pengunduran Tentera Amerika Syarikat (AS) pada 15 Ogos 2021. 

Sehingga hari ini, Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan diterajui Taliban tidak diiktiraf mana-mana negara kerana dasarnya yang tegas, termasuk hanya membenarkan pendidikan rendah bagi kaum wanita.

Negara itu juga berdepan krisis kemanusiaan meruncing, dengan lebih separuh daripada 39 juta populasinya terkesan dan bergantung kepada bantuan, akibat sekatan ekonomi kuasa-kuasa Barat. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending