Connect with us

Antarabangsa

Iraq tarik balik larangan akses Telegram

Akses kepada Telegram yang disekat oleh kerajaan Iraq pada 6 Ogos, dibuka semula mulai 13 Ogos, menurut Kementerian Komunikasi pada Sabtu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Iraq tarik balik larangan akses Telegram
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Akses kepada Telegram yang disekat oleh kerajaan Iraq pada 6 Ogos, dibuka semula mulai 13 Ogos, menurut Kementerian Komunikasi pada Sabtu.
  • Larangan itu ditarik balik atas arahan Perdana Menteri Mohammad Shiya al-Sudani, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan kementerian itu.
  • Iraq tidak menentang kebebasan bersuara, tetapi syarikat aplikasi media sosial mempunyai komitmen untuk menghormati undang-undang dan keselamatan negara dalam perlindungan data pengguna.
  • Pada 6 Ogos, Kementerian Komunikasi menyekat akses kepada Telegram “atas permintaan pihak berkuasa peringkat tinggi negara itu bagi mencegah kebocoran dokumen peribadi milik negara dan melindungi data peribadi warganegara.”

BAGHDAD — Akses kepada Telegram yang disekat oleh kerajaan Iraq pada 6 Ogos, dibuka semula mulai 13 Ogos, menurut Kementerian Komunikasi pada Sabtu.

Larangan itu ditarik balik atas arahan Perdana Menteri Mohammad Shiya al-Sudani, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan kementerian itu.

“Larangan itu ditarik balik selepas syarikat pemilik aplikasi itu bersetuju ke atas permintaan pihak berkuasa keselamatan untuk mengenal pasti pihak yang membocorkan data rakyat,” menurut kenyataan itu.

Iraq tidak menentang kebebasan bersuara, tetapi syarikat aplikasi media sosial mempunyai komitmen untuk menghormati undang-undang dan keselamatan negara dalam perlindungan data pengguna.

Pada 6 Ogos, Kementerian Komunikasi menyekat akses kepada Telegram “atas permintaan pihak berkuasa peringkat tinggi negara itu bagi mencegah kebocoran dokumen peribadi milik negara dan melindungi data peribadi warganegara.”

Militia Syiah yang disokong Iran yang aktif menggunakan platform media sosial di Iraq, mendakwa sekatan itu dibuat atas arahan Amerika Syarikat. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *