Connect with us

Antarabangsa

Institut pengajian tinggi Islam pertama bakal dibuka di selatan Filipina

Wilayah Autonomi Bangsamoro Islam Mindanao (BARMM) di barat daya Pulau Mindanao akan membuka institusi pengajian tinggi Islam pertama di Filipina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

 Institut pengajian tinggi Islam pertama bakal dibuka di selatan Filipina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Wilayah Autonomi Bangsamoro Islam Mindanao (BARMM) di barat daya Pulau Mindanao akan membuka institusi pengajian tinggi Islam pertama di Filipina.
  • Menteri Pendidikan Bangsamoro, Mohagher Iqbal berkata undang-undang berkaitan perancangan itu dijangka diluluskan bulan depan.
  • Rang undang-undang penubuhan institusi pendidikan Islam pertama itu dibentangkan kepada parlimen tempatan sejak September 2022.
  • Institusi Kulliyyah itu dirancang untuk dibina di Buluan, ibu negeri Maguindanao del Sur, yang juga dikenali sebagai kawasan selatan Magindanaw.

Wilayah Autonomi Bangsamoro Islam Mindanao (BARMM) di barat daya Pulau Mindanao akan membuka institusi pengajian tinggi Islam pertama di Filipina.

Menteri Pendidikan Bangsamoro, Mohagher Iqbal berkata undang-undang berkaitan perancangan itu dijangka diluluskan bulan depan.

“Saya fikir, tempoh paling lama untuk rang undang-undang itu diluluskan, yang kini telah diperakui sebagai mustahak, akan selesai pada September.

“Tapi saya sangat berharap ia akan diluluskan Ogos ini juga,” demikian kata menteri pendidikan asas, tinggi dan teknikal wilayah itu dipetik Arab News.

Beliau berkata dengan lulusnya rang undang-undang berdasarkan kuasa yang diberikan kepada kerajaan BARMM, ia bermakna penubuhannya diluluskan.

Rang undang-undang penubuhan institusi pendidikan Islam pertama itu dibentangkan kepada parlimen tempatan sejak September 2022.

Institusi Kulliyyah itu dirancang untuk dibina di Buluan, ibu negeri Maguindanao del Sur, yang juga dikenali sebagai kawasan selatan Magindanaw.

Institusi itu bakal mengambil pelajar peringkat prasiswazah hingga tahap pascasiswazah, menjadikannya satu-satu institusi peringkat tinggi yang bakal dibangunkan di negeri terbabit.

Muslim mewakili enam peratus daripada 110 juta populasi Filipina yang majoritinya adalah penganut Katolik.

Majoriti penganut Islam menetap di selatan Filipina di kepulauan Mindanao dan kepulauan Sulu.

Sumber: Arab News, Middle East Monitor

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *