Connect with us

Antarabangsa

Ideologi jantina bahaya kepada kanak-kanak – bekas pempengaruh transgender

Bekas pempengaruh transgender dan pengarang, Oli London memberi amaran risiko bahaya jika membiarkan kanak-kanak terhadap ideologi pengesahan jantina.

Wartawan TMT

Published

on

Ideologi jantina bahaya kepada kanak-kanak – bekas pempengaruh transgender
Foto: Gambar bekas pempengaruh transgender dan pengarang, Oli London.
  • Bekas pempengaruh transgender dan pengarang, Oli London memberi amaran risiko bahaya jika membiarkan kanak-kanak terhadap ideologi pengesahan jantina.
  • London memberitahu Fox News pada Khamis bahawa kanak-kanak tidak dapat memahami kesan jangka panjang apabila menjalani rawatan itu. 
  • Dalam bidang akademik, beliau dan hos bersama Carley Shimkus membincangkan pendirian Diane Ehrensaft, seorang pengarah kesihatan mental dan ketua psikologi di USCF Hospital Kanak-Kanak Benioff yang berpendapat kanak-kanak boleh dikenali sebagai “gender hybrids” seperti minotaur (makhluk berkepala kerbau) dan prius. 
  • Ehrensaft berkata demikian atas perbualannya dengan budak tujuh tahun yang mempercayai dirinya kelihatan seperti seorang lelaki di bahagian depan dan seperti perempuan di bahagian belakang, jelas London.
  • “Sekarang kita memberitahu kanak untuk menjadi minotaur dan meletakkan tanduk kepada mereka. Ini benar-benar gila,” kata London. 

Bekas pempengaruh transgender dan pengarang, Oli London memberi amaran risiko bahaya jika membiarkan kanak-kanak terhadap ideologi pengesahan jantina.

London memberitahu Fox News pada Khamis bahawa kanak-kanak tidak dapat memahami kesan jangka panjang apabila menjalani rawatan itu. 

“Saya pernah melalui proses peralihan jantina dan bergelut dengan identiti jantina dan kini saya benar-benar menyaksikan apa yang berlaku sekarang,” katanya dalam program ‘Fox & Friends First’.

London, yang mengubah jantina tahun lalu selepas mengenal pasti dirinya sebagai wanita trans selama enam bulan, kini bertindak sebagai aktivis menentang ideologi itu. 

Beliau juga mengecam syarikat Bud Light and Target kerana mempromosikan agenda yang dilihatnya berbahaya dan menyinggung perasaan pengguna. 

Dalam bidang akademik, beliau dan hos bersama Carley Shimkus membincangkan pendirian Diane Ehrensaft, seorang pengarah kesihatan mental dan ketua psikologi di USCF Hospital Kanak-Kanak Benioff yang berpendapat kanak-kanak boleh dikenali sebagai “gender hybrids” seperti minotaur (makhluk berkepala kerbau) dan prius. 

Ehrensaft berkata demikian atas perbualannya dengan budak tujuh tahun yang mempercayai dirinya kelihatan seperti seorang lelaki di bahagian depan dan seperti perempuan di bahagian belakang, jelas London.

Advertisement

“Sekarang kita memberitahu kanak untuk menjadi minotaur dan meletakkan tanduk kepada mereka. Ini benar-benar gila,” kata London. 

Fox News Digital menghubungi Ehrensaft dan hospital kanak-kanak itu untuk mendapatkan komen tetapi tidak berjaya. 

London juga menyampaikan kesedihannya tentang kurikulum sekolah yang secara diam-diam mengajarkan konsep transgender itu kepada kanak-kanak tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. 

Sumber: Fox News

Author

Advertisement

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending