Connect with us

Antarabangsa

Hina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan, 74 sebatan

Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian ketat diluluskan oleh Jawatankuasa Parlimen Khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa).

Wartawan TMT

Published

on

Hina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan, 74 sebatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian ketat diluluskan oleh Jawatankuasa Parlimen Khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa).
  • Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian.
  • Dalam kes tertentu, hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda boleh mencecah lebih €5,000 (AS$5,450).
  • Menghina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan dan 74 sebatan.
  • Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam semua perkara strategik, turut dirujuk untuk undang-undang baharu itu dan menegaskan bahawa memakai hijab adalah kewajipan agama.

TEHRAN: Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian ketat diluluskan oleh Jawatankuasa Parlimen Khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa).

Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian.

Dalam kes tertentu, hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda boleh mencecah lebih €5,000 (AS$5,450).

Wanita asing yang menentang undang-undang boleh diusir daripada negara berkenaan.

Menghina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan dan 74 sebatan.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam semua perkara strategik, turut dirujuk untuk undang-undang baharu itu dan menegaskan bahawa memakai hijab adalah kewajipan agama.

Pada masa sama, wanita memakai tudung yang tidak sesuai bukan menentang agama dan revolusi, katanya baru-baru ini.

Memakai hijab menjadi undang-undang di Iran selama lebih dari 40 tahun. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending