Connect with us

Terkini

Guna logo, tema berbeza Hari Kebangsaan tindakan ‘gila’ – Nga Kor Ming

Perikatan Nasional (PN) cuba mewujudkan perpecahan dalam negara dengan merancang untuk menggunakan logo dan tema berbeza dalam sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri ditadbirnya, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Adam Tan

Published

on

Guna logo, tema berbeza Hari Kebangsaan tindakan ‘gila’ – Nga Kor Ming
Foto: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (kiri) dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.
  • Perikatan Nasional (PN) cuba mewujudkan perpecahan dalam negara dengan merancang untuk menggunakan logo dan tema berbeza dalam sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri ditadbirnya, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
  • Kor Ming juga menyifatkan tindakan empat negeri di bawah pemerintahan PN itu sebagai tindakan gila.
  • Mengulas dakwaan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari bahawa tema Hari Kebangsaan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” adalah satu manipulasi politik, Kor Ming berkata tema Hari Kebangsaan itu seiring dengan konsep tadbir urus Kerajaan Persekutuan yang merupakan ciri yang konsisten dengan tahun-tahun sebelum ini.
  • Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Fadhli berkata negeri yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif iaitu”Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan logo dengan elemen bunga raya.
  • Media melaporkan negeri diperintah PH (Pakatan Harapan) juga pernah menggunakan logo dan tema berbeza dengan Kerajaan Persekutuan, misalnya Selangor yang tidak menggunakan logo Kerajaan Persekutuan pada tahun lalu dengan memilih logonya sendiri.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) cuba mewujudkan perpecahan dalam negara dengan merancang untuk menggunakan logo dan tema berbeza dalam sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri ditadbirnya, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Kor Ming juga menyifatkan tindakan empat negeri di bawah pemerintahan PN itu sebagai tindakan gila.

“Pilihan raya enam negeri telah selesai, persaingan antara parti politik telah berakhir. PN harus segera berhenti memanipulasi politik kerana tugas utama kerajaan negeri adalah untuk kembali ke tempat kerja masing-masing dan fokus kepada perkhidmatan tadbir urus serta manfaat rakyat.

“Lebih penting, sebagai kerajaan empat negeri, PN harus menumpukan perhatian kepada peningkatan prestasi tadbir urusnya dan bukannya mempolitikkan Hari Kebangsaan yang menyatupadukan rakyat, mengambil peluang untuk mencetuskan kekacauan dan memecahbelahkan masyarakat,” kata Kor Ming dipetik China Press.

Mengulas dakwaan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari bahawa tema Hari Kebangsaan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” adalah satu manipulasi politik, Kor Ming berkata tema Hari Kebangsaan itu seiring dengan konsep tadbir urus Kerajaan Persekutuan yang merupakan ciri yang konsisten dengan tahun-tahun sebelum ini.

Beliau bertanya kepada Ahmad Fadhli sama ada beliau terlupa tema Hari Kebangsaan yang digunakan sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga selari dengan slogan “Keluarga Malaysia”.

Kor Ming mendakwa PN jelas tidak sanggup menunggu lima tahun lagi, melakukan segala yang mungkin untuk mempolitikkan semua isu termasuk Hari Kebangsaan untuk mengulangi Langkah Sheraton.

Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Fadhli berkata negeri yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif iaitu “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan logo dengan elemen bunga raya.

Media melaporkan negeri diperintah PH (Pakatan Harapan) juga pernah menggunakan logo dan tema berbeza dengan Kerajaan Persekutuan, misalnya Selangor yang tidak menggunakan logo Kerajaan Persekutuan pada tahun lalu dengan memilih logonya sendiri.

Malaysiakini melaporkan negeri itu tidak menggugurkan perkataan “Keluarga Malaysia” dalam tema tahun lalu, sebaliknya mengekalkan “Teguh Bersama”, selain semakan di media sosial Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menunjukkan kerajaan negeri itu juga tidak menggunakan logo Hari Kebangsaan pentadbiran Muhyiddin Yassin pada 2020 dan 2021.

Malah pada 2020, Amirudin didapati menggunakan tema yang berbeza sama sekali dengan Kerajaan Persekutuan iaitu “Kita Merdeka” dan bukannya “Malaysia Prihatin”. 

Tema “Malaysia Prihatin” hanya digunakan pada 2021 tetapi tanpa logo, lapor portal media berkenaan. – The Merdeka Times

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending