Antarabangsa
Gagal gugurkan kandungan, kanak-kanak 13 tahun teruskan persekolahan sebagai ibu
Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari Clarksdale, Mississippi, Amerika Syarikat akan memulakan gred 7 sebagai seorang ibu selepas beliau melahirkan anak kerana gagal mendapat akses pengguguran, demikian lapor Time.

- Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari Clarksdale, Mississippi, Amerika Syarikat akan memulakan gred 7 sebagai seorang ibu selepas beliau melahirkan anak kerana gagal mendapat akses pengguguran, demikian lapor Time.
- Ashley (nama samaran) dirogol lelaki asing di rumahnya pada musim luruh 2022 dan tidak memberitahu sesiapa selama berminggu-minggu, kata ibunya, Regina.
- Disebabkan undang-undang pengguguran yang ketat di Mississippi dan masalah kos gas serta penginapan di luar daerah, mereka bertindak menyembunyikan kehamilan anaknya dengan baju besar dan longgar.
- Pengecualian berkaitan pengguguran di Mississippi hanya dibenarkan bagi kes rogol atau jika nyawa ibu berisiko, tetapi proses mendapatkan pengecualian masih tidak jelas.
Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari Clarksdale, Mississippi, Amerika Syarikat akan memulakan gred 7 sebagai seorang ibu selepas beliau melahirkan anak kerana gagal mendapat akses pengguguran, demikian lapor Time.
Ashley (nama samaran) dirogol pada musim luruh 2022 dan tidak memberitahu sesiapa selama berminggu-minggu, kata ibunya, Regina.
Regina menyedari sesuatu yang aneh apabila anak perempuannya mula hilang minat terhadap hobinya seperti TikTok dan merasa loya.
Ibu kanak-kanak perempuan malang itu berkata dia tidak pernah bercakap tentang proses ‘pembuatan bayi’ kerana Ashley terlalu muda untuk memahami.
Walaupun Ashley berdiam diri dan trauma, Regina akhirnya mengetahui anak perempuannya dirogol lelaki asing semasa ketiadaannya di rumah.
Regina terus membawa Ashley ke bilik kecemasan pada 11 Januari 2023 kerana dia tidak berhenti muntah di mana Ashley didapati hamil 10 atau 11 minggu selepas menjalani ujian darah.
Disebabkan undang-undang pengguguran yang ketat di Mississippi dan masalah kos gas serta penginapan di luar daerah, mereka bertindak menyembunyikan kehamilan anaknya dengan baju besar dan longgar.
Ashley melahirkan anak lelakinya digelar Peanut selepas tamat gred 6 dan ibunya berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk anak perempuannya itu memulakan pengajian gred 7 dari rumah.
Pengecualian berkaitan pengguguran di Mississippi hanya dibenarkan bagi kes rogol atau jika nyawa ibu berisiko, tetapi proses untuk mendapatkan pengecualian masih tidak jelas.
Sumber: Insider
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak