Connect with us

Terkini

Gabungan PH-BN buktikan kematangan politik negara – Penganalisis politik

Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini membuktikan Malaysia kini menuju ke arah kematangan politik.

Wartawan TMT

Published

on

Gabungan PH-BN buktikan kematangan politik negara – Penganalisis politik
Foto: Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.
  • Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini membuktikan Malaysia kini menuju ke arah kematangan politik.
  • Menurut Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub tidak seperti sebelum ini, perbezaan politik yang keterlaluan mengakibatkan setiap pihak sukar menerima perbezaan pandangan.
  • “Saya lihat apabila berlakunya satu dinamika politik yang memungkinkan kita untuk menjadi seorang yang lebih matang. Maka saya fikir sudah tiba masanya untuk kita mencari persamaan, sudah tiba masanya untuk kita meraikan kepelbagaian, perbezaan, dan jadikan pilihan raya ini sebagai satu pesta demokrasi,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini, (MHI).

PETALING JAYA: Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini membuktikan Malaysia kini menuju ke arah kematangan politik.

Menurut Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub tidak seperti sebelum ini, perbezaan politik yang keterlaluan mengakibatkan setiap pihak sukar menerima perbezaan pandangan.

Namun, kematangan politik pada masa kini menjadikan setiap individu itu lebih matang dan cuba mencari persamaan serta meraikan kepelbagaian.

“Kalau sebelum ini kita terlalu ekstrem dengan parti masing-masing sehingga sukar untuk menerima pandangan perbezaan ataupun kita tolak ketepi perkara-perkara yang begitu baik untuk negara semata mata akibat perbezaan politik.

“Saya lihat apabila berlakunya satu dinamika politik yang memungkinkan kita untuk menjadi seorang yang lebih matang. Maka saya fikir sudah tiba masanya untuk kita mencari persamaan, sudah tiba masanya untuk kita meraikan kepelbagaian, perbezaan, dan jadikan pilihan raya ini sebagai satu pesta demokrasi,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini, (MHI).

Sumber: Tv3

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending