Connect with us

Antarabangsa

Erdogan, Putin bincang mengenai perjanjian gandum

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan akan segera mengunjungi Russia untuk berbincang dengan Vladimir Putin mengenai pemulihan perjanjian gandum Laut Hitam yang boleh digunakan sebagai landasan untuk perundingan perdamaian Ukraine dengan lebih luas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Erdogan, Putin bincang mengenai perjanjian gandum
Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan (kiri) dan Presiden Russia, Vladimir Putin (kanan).
  • Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan akan segera mengunjungi Russia untuk berbincang dengan Vladimir Putin mengenai pemulihan perjanjian gandum Laut Hitam yang boleh digunakan sebagai landasan untuk perundingan perdamaian Ukraine dengan lebih luas.
  • Jurucakap parti pemerintah Erdogan, Omer Celik, memberitahu wartawan, pertemuan dua pemimpin dunia itu akan berlangsung di bandar peranginan Sochi, Russia yang akan memberi tumpuan kepada menghindari ‘krisis makanan’ yang sedang mengancam.
  • Agensi berita Bloomberg sebelum ini melaporkan, Erdogan berkemungkinan akan bertemu dengan Putin yang juga Presiden Russia pada 8 September.
  • Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu wartawan, mesyuarat itu sedang diatur dengan ‘intensif’ tetapi tidak memberikan masa atau tempat perbincangan tersebut.

ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan akan segera mengunjungi Russia untuk berbincang dengan Vladimir Putin mengenai pemulihan perjanjian gandum Laut Hitam yang boleh digunakan sebagai landasan untuk perundingan perdamaian Ukraine dengan lebih luas.

Jurucakap parti pemerintah Erdogan, Omer Celik, memberitahu wartawan, pertemuan dua pemimpin dunia itu akan berlangsung di bandar peranginan Sochi, Russia yang akan memberi tumpuan kepada menghindari ‘krisis makanan’ yang sedang mengancam.

“Seperti yang anda tahu, (Erdogan) akan melawat Sochi tidak lama lagi,” kata Celik dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen, pada Isnin.

Agensi berita Bloomberg sebelum ini melaporkan, Erdogan berkemungkinan akan bertemu dengan Putin yang juga Presiden Russia pada 8 September.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu wartawan, mesyuarat itu sedang diatur dengan ‘intensif’ tetapi tidak memberikan masa atau tempat perbincangan tersebut.

Erdogan telah menggunakan hubungannya yang baik dengan Moskow dan Kyiv untuk mencuba membawa kedua-dua pihak ke dalam perbincangan perdamaian formal.

Beliau kali terakhir berjumpa secara peribadi dengan Putin di Astana iaitu ibu negara Kazakhstan pada bulan Oktober lalu.

Sumber: Astro Awani

Author