Connect with us

Antarabangsa

Empat individu ditahan rogol gadis 16 tahun, termasuk di hospital kerajaan

Polis Daerah Salumbar, Rajasthan, India, menahan tiga lelaki dan seorang bawah umur yang merogol gadis berusia 16 tahun pada empat waktu berasingan. 

Wartawan TMT

Published

on

Empat individu ditahan rogol gadis 16 tahun, termasuk di hospital kerajaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Daerah Salumbar, Rajasthan, India, menahan tiga lelaki dan seorang bawah umur yang merogol gadis berusia 16 tahun pada empat waktu berasingan. 
  • Menurut polis, kejadian terbongkar selepas gadis itu melahirkan anaknya pada Jun tahun ini. 
  • Tertuduh termasuk ahli ilmu ghaib yang mengaku ingin menyembuhkan sakit mangsa tetapi merogol mangsa.

Polis Daerah Salumbar, Rajasthan, India, menahan tiga lelaki dan seorang bawah umur yang merogol gadis berusia 16 tahun pada empat waktu berasingan. 

Menurut polis, kejadian terbongkar selepas gadis itu melahirkan anaknya pada Jun tahun ini. 

Tertuduh termasuk ahli ilmu ghaib yang mengaku ingin menyembuhkan sakit mangsa tetapi merogol mangsa. 

Sub-inspektor di balai polis di mana laporan maklumar pertama (FIR) dibuat  berkata, tiga individu lain turut merogol gadis itu pada masa berbeza. 

Semua insiden rogol mangsa itu dikatakan berlaku di premis hospital kerajaan, tempat bapa gadis itu bekerja dan sebahagian daripada tertuduh merupakan kakitangan kontrak di hospital. 

Siasatan awal menunjukkan keempat-empat tertuduh tidak mengenali satu sama lain, kata polis. 

Tertuduh ahli ilmu ghaib itu telah ditangkap pada Julai lalu, manakala dua individu lelaki dan seorang bawah umur ditahan pada bulan ini. 

Advertisement

“Kami akan menjalankan ujian DNA untuk menentukan identiti bapa kanak-kanak itu,” kata pegawai polis itu dipetik The Indian Express.

Sumber:The Indian Express 

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending