Terkini
DAP tak angkuh, tak bantah kerajaan bantu Melayu – Anwar
DAP tidak pernah angkuh di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- DAP tidak pernah angkuh di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Perdana Menteri berkata parti itu juga tidak membantah usaha kerajaan persekutuan menaikkan bantuan kepada pesawah, nelayan dan peneroka yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.
- Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, malam tadi.
KUALA LUMPUR – DAP tidak pernah angkuh di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata parti itu juga tidak membantah usaha kerajaan persekutuan menaikkan bantuan kepada pesawah, nelayan dan peneroka yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.
“Orang duk (asyik) bangkit (kata) DAP, DAP, DAP. Saya hendak beritahu, DAP itu ada 40 Ahli Parlimen, tidak angkuh dalam mesyuarat, (boleh) tanya kawan-kawan kita (ahli parlimen lain), (DAP) bincang dengan baik.
“Program-program menaikkan harga padi, bagi (bantuan) nelayan, RM8.3 bilion untuk (tolong) Felda, Loke (Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook) tak bantah pun.
“Yang dia minta supaya kita anggap anak Cina, India, itu sebagai keluarga kita (untuk) dijaga bersama, itu sahaja,” kata Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dipetik MalaysiaGazette ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan beberapa calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam ucapannya, turut menyifatkan DAP tidak pernah mencampuri urusan kerajaan dalam memartabatkan agama Islam di negara ini.
Sumber: Malaysia Gazette
You must be logged in to post a comment Login