Connect with us

Antarabangsa

Chatbot AI bawa risiko siber – NCSC

Pihak berkuasa Britain memberi amaran mengenai chatbot yang diintegrasi dan dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) dengan kemungkinan penipuan boleh berlaku dalam perniagaan.

Wartawan TMT

Published

on

Chatbot AI bawa risiko siber – NCSC
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa Britain memberi amaran mengenai chatbot yang diintegrasi dan dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) dengan kemungkinan penipuan boleh berlaku dalam perniagaan.
  • Dalam satu catatan blog yang akan diterbitkan hari ini, Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan Britain (NCSC), berkata pakar ketika ini masih belum mampu menangani masalah keselamatan berkaitan algoritma yang boleh menjana interaksi bunyi manusia – yang juga digelar model bahasa besar atau LLM.
  • NCSC berkata, ia boleh membawa risiko terutama apabila model sedemikian dimasukkan ke dalam elemen proses perniagaan organisasi.
  • Ahli akademik dan penyelidik sebelum ini berulang kali mencari cara untuk menewaskan chatbot dengan melaksanakan arahan tertentu atau menipu bagi memintas benteng pertahanan mereka.
  • Pihak berkuasa di seluruh dunia ketika ini sedang bergelut dengan kebangkitan LLM, seperti OpenAI’s ChatGPT, yang mana perniagaan sudah menggabungkan ke dalam pelbagai perkhidmatan, termasuk jualan dan penjagaan pelanggan.

UNITED KINGDOM: Pihak berkuasa Britain memberi amaran mengenai chatbot yang diintegrasi dan dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) dengan kemungkinan penipuan boleh berlaku dalam perniagaan.

Dalam satu catatan blog yang akan diterbitkan hari ini, Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan Britain (NCSC), berkata pakar ketika ini masih belum mampu menangani masalah keselamatan berkaitan algoritma yang boleh menjana interaksi bunyi manusia – yang juga digelar model bahasa besar atau LLM.

Alat yang dikuasakan AI dikesan sebagai penggunaan awal sebagai chatbot oleh sesetengah pihak, bukan hanya untuk menggantikan carian internet tetapi juga sebagai perkhidmatan pelanggan dan panggilan jualan.

NCSC berkata, ia boleh membawa risiko terutama apabila model sedemikian dimasukkan ke dalam elemen proses perniagaan organisasi.

Ahli akademik dan penyelidik sebelum ini berulang kali mencari cara untuk menewaskan chatbot dengan melaksanakan arahan tertentu atau menipu bagi memintas benteng pertahanan mereka.

Contohnya, chatbot berkuasa AI yang digunakan oleh bank mungkin tertipu untuk membuat transaksi tanpa kebenaran jika penggodam menstrukturkan pertanyaan dengan tepat.

“Perkhidmatan pembinaan organisasi yang menggunakan LLM perlu berhati-hati, sama seperti jika mereka menggunakan perpustakaan produk atau kod yang dalam versi beta (merujuk kepada keluaran perisian percubaan).

“Mereka mungkin tidak membenarkan produk itu terbabit dalam membuat transaksi bagi pihak pelanggan dan diharapkan perniagaan tidak akan mempercayainya sepenuhnya. Perhatian itu harus diberikan kepada LLM juga,” kata NCSC dalam satu catatan blognya.

Pihak berkuasa di seluruh dunia ketika ini sedang bergelut dengan kebangkitan LLM, seperti OpenAI’s ChatGPT, yang mana perniagaan sudah menggabungkan ke dalam pelbagai perkhidmatan, termasuk jualan dan penjagaan pelanggan.

Implikasi keselamatan AI ketika ini masih menjadi tumpuan dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengatakan mereka melihat penggodam mula menggunakan teknologi itu. – REUTERS

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending