Connect with us

Terkini

Campur tangan dasar Islam punca PAS putuskan kerjasama dengan DAP

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan punca parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP akibat sikap campur tangan ke atas dasar membabitkan Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Campur tangan dasar Islam punca PAS putuskan kerjasama dengan DAP
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan punca parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP akibat sikap campur tangan ke atas dasar membabitkan Islam.
  • Selain itu, katanya, keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP dimuktamadkan susulan pergeseran mengenai beberapa isu yang gagal dipersetujui kedua-dua parti, antaranya hasrat untuk mengembalikan pilihan raya perbandaran.
  • Beliau berkata, PAS menentang cadangan kembali mengadakan pilihan raya perbandaran yang dihapuskan selepas 13 Mei 1969 atas alasan pelaksanaannya mencetuskan ketegangan antara kaum.
  • “Saya bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan pendirian PAS tidak bersetuju kerana ia adalah agenda politik. Kalau buat pilihan raya perbandaran, habis balak ini DAP perintah. Dia perintah bandar, ikut kuasa dia apa dia hendak buat di dalam bandar.
  • “Ini bahaya dan PKR boleh sokong benda macam ini. Mereka juga mahu laksanakan Islam di Kelantan dan Terengganu untuk golongan Muslim sahaja, tidak membabitkan golongan bukan Islam. Ini dah kacau (agenda perjuangan PAS).
  • “Inilah jawapannya apabila orang ramai bertanya mengapa PAS ini sekejap boleh berpakat (dengan DAP) dan kemudian tidak boleh terus menjalinkan kerjasama,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega PN Best, di sini malam tadi.

TASEK GELUGOR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan punca parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP akibat sikap campur tangan ke atas dasar membabitkan Islam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Selain itu, katanya, keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP dimuktamadkan susulan pergeseran mengenai beberapa isu yang gagal dipersetujui kedua-dua parti, antaranya hasrat untuk mengembalikan pilihan raya perbandaran.

Beliau berkata, PAS menentang cadangan kembali mengadakan pilihan raya perbandaran yang dihapuskan selepas 13 Mei 1969 atas alasan pelaksanaannya mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Tiba-tiba ikut DAP (mahu kembali mengadakan pilihan raya perbandaran). PAS tidak bersetuju (cadangan berkenaan) dimasukkan dalam manifesto.

“Saya bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan pendirian PAS tidak bersetuju kerana ia adalah agenda politik. Kalau buat pilihan raya perbandaran, habis balak ini DAP perintah. Dia perintah bandar, ikut kuasa dia apa dia hendak buat di dalam bandar.

“Ini bahaya dan PKR boleh sokong benda macam ini. Mereka juga mahu laksanakan Islam di Kelantan dan Terengganu untuk golongan Muslim sahaja, tidak membabitkan golongan bukan Islam. Ini dah kacau (agenda perjuangan PAS).

“Inilah jawapannya apabila orang ramai bertanya mengapa PAS ini sekejap boleh berpakat (dengan DAP) dan kemudian tidak boleh terus menjalinkan kerjasama,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega PN Best, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad; Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusoff dan Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perbincangan bagi mewujudkan jajaran politik baharu membabitkan gabungan beberapa parti Melayu dan bukan Islam dibuat lebih awal berbanding ‘Langkah Sheraton’.

Beliau berkata, perbincangan itu sudah diadakan sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) ekoran faktor UMNO yang turut mengundang kemarahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, perbincangan itu membabitkan PAS, UMNO dan BERSATU, bertujuan mengelak perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu, selain ketiga-tiga parti bersetuju mengajak beberapa parti bukan Islam yang tidak ekstrem dari Sabah dan Sarawak menyertai jajaran berkenaan.

“Kita bincang supaya semua calon disatukan dahulu sebelum PRU15. Mestilah (antara) parti besar Melayu, iaitu PAS, UMNO dan BERSATU serta ajak parti bukan Islam yang tidak ekstrem di Sabah dan Sarawak. Ambil alih kerajaan, jika berjaya.

“Ketika itu yang pimpin UMNO (bagi perbincangan mewujudkan jajaran politik baharu) ialah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, manakala Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang bercuti.

“Bila Ahmad Zahid ambil alih UMNO (selepas bercuti), beliau ajak buat perhimpunan antara PAS-UMNO sahaja, tetapi kita kata tak boleh kerana ia mesti membabitkan ketiga-tiga parti, kerana kalau kedua-dua parti ini sahaja tak cukup majoriti dua pertiga.

“Rupanya beliau mahu selamatkan diri, bukan agama dan bangsa. Ini masalahnya. Dia kacau kerajaan, tukar Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kacau lagi buat PRU15 hingga menyebabkan berlaku gelombang golongan muda,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending