Connect with us

Terkini

Bentang segera Akta Pendanaan Politik di Parlimen

Kerajaan perlu segera membentangkan Akta Pendanaan Politik pada sidang Parlimen bulan depan bagi me­ngawal pengaruh wang dalam politik.

Wartawan TMT

Published

on

Bentang segera Akta Pendanaan Politik di Parlimen
Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
  • Kerajaan perlu segera membentangkan Akta Pendanaan Politik pada sidang Parlimen bulan depan bagi me­ngawal pengaruh wang dalam politik.
  • Walaupun kerajaan mahu merujuk akta itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memastikan proses perundangan dilakukan secara teliti namun usaha ke arah itu sudah bermula sekitar 10 tahun lalu.
  • Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, usaha penggubalan undang-undang politik wang tidak serumit usaha pengasi­ngan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
  • Menurut beliau, ini kerana Akta Pendanaan Politik Wang hanya membabitkan kawalan lebih ketat dan telus dalam pe­nyalahgunaan kuasa dan me­ngawal pengaruh kewangan dalam politik.

PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera membentangkan Akta Pendanaan Politik pada sidang Parlimen bulan depan bagi me­ngawal pengaruh wang dalam politik.

Walaupun kerajaan mahu merujuk akta itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memastikan proses perundangan dilakukan secara teliti namun usaha ke arah itu sudah bermula sekitar 10 tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, usaha penggubalan undang-undang politik wang tidak serumit usaha pengasi­ngan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menurut beliau, ini kerana Akta Pendanaan Politik Wang hanya membabitkan kawalan lebih ketat dan telus dalam pe­nyalahgunaan kuasa dan me­ngawal pengaruh kewangan dalam politik.

Katanya, meskipun proses penggubalan undang-undang perlu dilakukan secara teliti, namun perkara itu tidak boleh dijadikan alasan melengahkan undang-undang tersebut kerana ia amat berguna untuk memastikan tiada pihak mengambil kesempatan terlibat rasuah.

“Jadi saya rasa akta tersebut perlu disegerakan dengan pembentangan dibuat pada sidang Parlimen bulan depan. Kalau kita bentang Oktober, semua wakil rakyat akan fokus dengan perbahasan Belanjawan 2024.

“Masyarakat sudah tunggu lama undang-undang ini, saya berpandangan ia tidak boleh dilengahkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, pelbagai pihak menggesa kerajaan mempercepat usaha menggubal Akta Pendanaan Politik bagi mengawal pengaruh wang dalam politik.

Sidang Dewan Rakyat akan bermula 11 September sehingga 30 November ini dengan dimulakan pembentangan Kajian Se­paruh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan.

Hassan berkata, perbinca­ngan merangka undang-undang itu telah bermula ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mendapat kerjasama positif ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada ketika itu.

Beliau berkata, semua pihak senada dengan langkah tersebut sekali gus memudahkan penggubalan sekali gus tidak mustahil mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Katanya, Akta Pendanaan Politik amat penting apabila undang-undang yang lebih ketat dan telus itu akan membantu mencegah penyalahgunaan kuasa, mengawal pengaruh kewangan dalam politik dan memastikan proses politik yang lebih adil dan demokratik.

“Penting untuk mempercepat proses pembaharuan dalam bidang ini yang telah mula di­bincang sejak dua tahun lalu dan tidak boleh menjadikan perbincangan sebagai alasan untuk menangguhkan penggubalan Akta Pendanaan Politik,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending