Antarabangsa
Benarkan wanita solat saf lelaki, Indonesia tangkap pendakwah hina agama
Seorang pendakwah ditahan atas tuduhan menghina agama dan membuat ucapan kebencian selepas sekolah pondoknya mencetuskan bantahan kerana membenarkan wanita berkhutbah dan solat dalam saf sama dengan lelaki.
- Seorang pendakwah ditahan atas tuduhan menghina agama dan membuat ucapan kebencian selepas sekolah pondoknya mencetuskan bantahan kerana membenarkan wanita berkhutbah dan solat dalam saf sama dengan lelaki.
- Sekolah berasrama penuh Al-Zaytun di Jawa Barat berdepan tindak balas kumpulan konservatif yang menuduh pendakwah itu mengikuti versi Islam yang tidak sesuai dengan al-Quran.
- Pengetua sekolah pondok itu, Panji Gumilang, 77, ditahan pada Rabu selepas disoal siasat, kata jurucakap polis, Ahmad Ramadhan kepada pemberita.
- Pada akhir April lalu, sekolah itu mencetuskan kekecohan apabila rakaman video di media sosial menunjukkan wanita solat dalam saf yang sama dengan lelaki selain wanita menyampaikan khutbah Jumaat.
JAKARTA – Seorang pendakwah ditahan atas tuduhan menghina agama dan membuat ucapan kebencian selepas sekolah pondoknya mencetuskan bantahan kerana membenarkan wanita berkhutbah dan solat dalam saf sama dengan lelaki.
Sekolah berasrama penuh Al-Zaytun di Jawa Barat berdepan tindak balas kumpulan konservatif yang menuduh pendakwah itu mengikuti versi Islam yang tidak sesuai dengan al-Quran.
Pengetua sekolah pondok itu, Panji Gumilang, 77, ditahan pada Rabu selepas disoal siasat, kata jurucakap polis, Ahmad Ramadhan kepada pemberita.
“Penyiasat mengambil tindakan undang-undang… dan dia ditahan di kemudahan tahanan agensi penyiasatan jenayah selama 20 hari,” katanya dipetik Arab News.
Mengikut pertuduhan itu, Panji berdepan hukuman penjara lima tahun kerana menghina, enam kerana menyebarkan ucapan kebencian dan 10 atas tuduhan menyebarkan berita palsu dan sengaja menimbulkan huru-hara di khalayak ramai.
Pada akhir April lalu, sekolah itu mencetuskan kekecohan dalam kalangan konservatif dan protes di luar perkarangannya apabila rakaman video di media sosial menunjukkan wanita solat dalam saf yang sama dengan lelaki.
Satu lagi amalan sekolah itu yang mencetuskan kontroversi adalah membenarkan wanita memberikan khutbah dalam solat Jumaat, tugas yang biasanya dikhususkan untuk lelaki dalam ajaran Islam.
Sumber: Arab News