Antarabangsa
Arab Saudi lancar e-visa untuk jemaah Bangladesh
Arab Saudi melancarkan inisiatif Nusuk di Dhaka pada Khamis utuk menyelaraskan perjalanan umrah warga Bangladesh.
- Arab Saudi melancarkan inisiatif Nusuk di Dhaka pada Khamis utuk menyelaraskan perjalanan umrah warga Bangladesh.
- Nusuk merupakan platform e-visa, perancangan dan tempahan yang membolehkan penggembara membuat jadual perjalanan haji ke Makkah, Madinah dan destinasi seterusnya di mana ia bertujuan membantu mereka mengatur lawatannya.
- Platform itu dilancarkan Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi dan Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al-Rabiah pada lawatan rasmi pertamanya ke Dhaka.
- Menteri itu turut mengumumkan visa percuma empat hari untuk warga Bangladesh yang transit melalui Arab Saudi.
DHAKA: Arab Saudi melancarkan inisiatif Nusuk di Dhaka pada Khamis utuk menyelaraskan perjalanan umrah warga Bangladesh.
Nusuk merupakan platform e-visa, perancangan dan tempahan yang membolehkan penggembara membuat jadual perjalanan haji ke Makkah, Madinah dan destinasi seterusnya di mana ia bertujuan membantu mereka mengatur lawatannya.
Platform itu dilancarkan Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi dan Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al-Rabiah pada lawatan rasmi pertamanya ke Dhaka.
“Adalah tanggungjawab suci kami dan kami komited untuk melakukan segala yang boleh untuk menjadikan perjalanan rohani jemaah haji selamat, mudah diakses, selesa dan tidak susah. Kami sentiasa berusaha memperkaya pengalaman ziarah anda,” kata menteri itu pada majlis pelancaran perkhidmatan itu di Pusat Persidangan Antarabangsa Bangabandhu, yang dihadiri pegawai Bangladesh, pengusaha dan organisasi pelancongan.
Presiden pasaran Asia-Pasifik di STA, Alhasan Al-Dabbagh memberitahu pemberita bahawa pengenalan Nusuk bertujuan “meningkatkan kemudahan dan kebolehcapaian bagi pengembara Bangladesh, terutamanya dengan peningkatan jumlah jemaah umrah”.
Pengarah Urusan Nusuk, Fahd Hamidaddin berkata Bangladesh adalah pasaran strategik utama di bawah Wawasan Saudi 2030 dan pada tahun ini sahaja seramai 332,000 pelancong Bangladesh telah melawat Arab Saudi.
Perubahan terbaru pada dasar kerajaan Saudi adalah membenarkan jemaah umrah untuk tinggal lebih lama kerana visa umrah telah dilanjutkan daripada 30 kepada 90 hari.
Menteri Haji pada Rabu turut mengumumkan visa percuma empat hari untuk warga Bangladesh yang transit melalui Arab Saudi dan pihak berkuasa penerbangan kedua-dua negara menandatangani perjanjian untuk meningkatkan jalinan hubungan itu.
Sumber: Arab News