Connect with us

Terkini

‘Ambil kira sensitiviti umat Islam sebelum anjur program hiburan’- Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata penganjur perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam sebelum menganjurkan sebarang aktiviti hiburan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

'Ambil kira sensitiviti umat Islam sebelum anjur program hiburan'- Mufti Pulau Pinang
Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata penganjur perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam sebelum menganjurkan sebarang aktiviti hiburan.
  • Beliau berkata, langkah itu perlu bagi mengelak Kerajaan Negeri dijadikan sasaran tohmahan pihak tertentu jika aktiviti hiburan itu mendapat bantahan orang ramai dan dikatakan merosakkan Islam.
  • “Malah tindakan penganjuran konsert pada ketika umat Islam meraikan Maulidur Rasul juga dianggap kurang bijak,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam. 
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok yang dijadual berlangsung pada 30 September depan di Dewan Milenium, Kepala Batas, di sini.

GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata penganjur perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam sebelum menganjurkan sebarang aktiviti hiburan.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi mengelak Kerajaan Negeri dijadikan sasaran tohmahan oleh pihak tertentu jika aktiviti hiburan itu mendapat bantahan orang ramai dan dikatakan merosakkan Islam.

“Sensitiviti umat Islam perlu diambil kira dalam menganjurkan apa-apa aktiviti hiburan supaya Kerajaan Negeri tidak dijadikan sasaran tohmahan oleh pihak tertentu kononnya mempunyai agenda bagi merosakkan Islam.

“Malah tindakan penganjuran konsert pada ketika umat Islam meraikan Maulidur Rasul juga dianggap kurang bijak,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok yang dijadual berlangsung pada 30 September depan di Dewan Milenium, Kepala Batas, di sini.

Selasa lalu, poster penganjuran Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023 itu tular yang menampilkan artis, antaranya Baby Shima serta beberapa artis Indonesia.

Susulan itu, Kerajaan Pulau Pinang menerusi Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid meminta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) supaya membatalkan kelulusan konsert berkenaan selepas mengambil maklum kegusaran orang ramai mengenai penganjuran konsert itu.

Menerusi poster terbabit, tidak dinyatakan kadar bayaran tiket, selain tiada maklumat lengkap pihak penganjur yang mengendalikan acara terbabit.

Wan Salim berkata, pihaknya menyokong cadangan Mohamad yang meminta MBSP membatalkan konsert berkenaan bagi meredakan kegusaran ramai.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *