Connect with us

Terkini

‘Ambil iktibar negara hancur kerana perkauman, kefanatikan agama’ – PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru rakyat mengambil iktibar daripada negara yang hancur kerana perkauman dan kefanatikan agama, di samping masalah tatakelola dan rasuah.

Wartawan TMT

Published

on

‘Ambil iktibar negara hancur kerana perkauman, kefanatikan agama’ - PM
Foto: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim seru rakyat ambil iktibar negara yang hancur kerana perkauman dan kefanatikan agama, di samping masalah tatakelola dan rasuah.
  • Beliau berkata demi kelangsungan negara, perbezaan dalam masyarakat harus jadi kekuatan justeru rakyat perlu menolak sebarang usaha melemahkan perpaduan.
  • Anwar seru rakyat untuk merenung pilihan di tangan mereka.
  • “Tentunya bagi yang berfikiran waras ini bukan pilihan. Ini kemestian sepertimana bila Allah beri pilihan kepada kita,” tegas Anwar dalam amanat perdana sempena hari kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang tadi.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru rakyat mengambil iktibar daripada negara yang hancur kerana perkauman dan kefanatikan agama, di samping masalah tatakelola dan rasuah.

Beliau berkata demi kelangsungan negara, perbezaan dalam masyarakat harus jadi kekuatan justeru rakyat perlu menolak sebarang usaha melemahkan perpaduan.

Anwar menyeru rakyat untuk merenung pilihan di tangan mereka.

“Tentunya bagi yang berfikiran waras ini bukan pilihan. Ini kemestian sepertimana bila Allah beri pilihan kepada kita,” tegas Anwar dalam amanat perdana sempena hari kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang tadi.

Tegasnya, tamadun yang hebat pun tumbang kerana perkauman dan kefanatikan agama, bukan sahaja masalah tatakelola dan rasuah.

Anwar percaya Malaysia boleh menjadi negara Madani yang mengangkat martabat semua warganya sekiranya keterlanjuran dahulu dihindari dan kebebasan digunakan secara waras dan bijak.

“Bukan kebebasan untuk adu domba, mencerca, dan menghina tapi mengangkat martabat manusia. Dengan prasyarat itu dan dasar jelas, kita mampu mengorak langkah lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berikrar kerajaan perpaduan akan terus mempertahankan setiap hak rakyat selaras Perlembagaan serta peruntukan-peruntukan mutlaknya.

“Ini termasuk peruntukan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, Islam agama rasmi persekutuan, hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, serta kedaulatan raja-raja Melayu.

“Negara ini akan terus memperakui kontrak sosial di antara semua kaum dan jaminan bahawa hak setiap warganegara mengamalkan agama mereka, memuliakan budaya termasuk suku kaum mereka tetap dipertahankan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof, barisan Jemaah Menteri serta pegawai tertinggi kerajaan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending