Connect with us

Antarabangsa

AI sebagai pelengkap bukan menggantikan pekerjaan – Kajian ILO

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata lonjakan kecerdasan buatan (AI) yang melanda dunia kini dilihat sebagai pelengkap sesuatu pekerjaan dan bukan menghapuskan pekerjaan itu dengan mengambil alih sepenuhnya tugasan.

Wartawan TMT

Published

on

AI sebagai pelengkap bukan menggantikan pekerjaan - Kajian ILO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata lonjakan kecerdasan buatan (AI) melanda dunia kini dilihat sebagai pelengkap sesuatu pekerjaan dan bukan menghapuskan pekerjaan itu dengan mengambil alih sepenuhnya tugasan.
  • ILO pada minggu ini mengeluarkan laporan merangkumi perspektif global, memberikan pandangan penting tentang potensi kesan AI ke atas pelbagai pekerjaan dan tugas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
  • Laporan ILO mendapati kerja-kerja perkeranian adalah kategori pekerjaan yang paling banyak terdedah kepada teknologi.
  • “Akibatnya, kesan teknologi yang paling penting mungkin perubahan dalam pekerjaan – mengautomasikan beberapa tugas dalam pekerjaan sambil memberikan lebih masa untuk tugas lain – berbanding mengautomasikan sepenuhnya pekerjaan,” menurut laporan itu.

VIENNA – Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata lonjakan kecerdasan buatan (AI) yang melanda dunia kini dilihat sebagai pelengkap sesuatu pekerjaan dan bukan menghapuskan pekerjaan itu dengan mengambil alih sepenuhnya tugasan.

ILO pada minggu ini telah mengeluarkan laporan yang merangkumi perspektif global, memberikan pandangan penting tentang potensi kesan AI ke atas pelbagai pekerjaan dan tugas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Sejak dilancarkan November lalu, Chat Generative Pre-trained Transformer atau ChatGPT telah mencetuskan perbincangan di seluruh dunia mengenai faedah dan kelemahan AI.

Chatbot pula bertindak balas kepada gesaan dan menjana teks.

Syarikat dan orang awam menggunakannya dalam pelbagai cara, termasuk mengurus aliran kerja, menjawab pertanyaan, menulis kod, mengarang esei, merancang percutian dan mencipta kandungan untuk media sosial.

Laporan ILO mendapati kerja-kerja perkeranian adalah kategori pekerjaan yang paling banyak terdedah kepada teknologi.

Dalam kumpulan pekerjaan lain – pengurus, profesional dan juruteknik, sebagai contoh – hanya sebahagian kecil daripada tugas yang didapati berisiko terdapat lebihan pekerja. 

“Akibatnya, kesan teknologi yang paling penting mungkin perubahan dalam pekerjaan – mengautomasikan beberapa tugas dalam pekerjaan sambil memberikan lebih masa untuk tugas lain – berbanding mengautomasikan sepenuhnya pekerjaan,” menurut laporan itu.

Laporan itu mengandungi mengenai perbezaan ketara dalam kesan ke atas negara di pelbagai peringkat pembangunan yang dikaitkan dengan struktur ekonomi semasa dan jurang teknologi sedia ada.

Di negara yang lebih kaya, 5.5 peratus daripada jumlah pekerjaan berpotensi terdedah kepada kesan AI, manakala risikonya hanya sekitar 0.4 peratus di negara berpendapatan rendah.

“Wawasan sedemikian diperlukan untuk mereka bentuk dasar secara proaktif yang boleh menyokong peralihan yang teratur dan adil, bukannya menangani perubahan secara reaktif,” menurut laporan itu.

Kesimpulannya, laporan itu menyatakan bahawa kesan sosioekonomi AI sebahagian besarnya bergantung pada cara ia diterima pakai dan digunakan. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending