Connect with us

Antarabangsa

Abai kebajikan jemaah di tanah suci, kementerian agama Indonesia disaman

Seorang jemaah haji berasal dari Sidoarjo, Jawa Timur, Prayitno mengemukakan saman terhadap pihak berkuasa mengenai pelaksanaan ibadah haji tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Abai kebajikan jemaah di tanah suci, kementerian agama Indonesia disaman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang jemaah haji berasal dari Sidoarjo, Jawa Timur, Prayitno mengemukakan saman terhadap pihak berkuasa mengenai pelaksanaan ibadah haji tahun ini.
  • Jemaah lelaki itu menuntut Kementerian Agama, Pejabat Wilayah Kementerian Agama Jatim dan Pejabat Wilayah Kementerian Agama Sidoarjo masing-masing membayar ganti rugi kepadanya sebanyak 1.1 bilion rupiah (RM333,948).
  • Prayitno mendakwa, kesemua pihak berkenaan mengabaikan para jemaah semasa pelaksanaan ibadah haji, baru-baru ini.
  • Jelas Prayitno, sudahlah tidak diberi makan, air minuman juga tidak dapat.
  • Jurucakap Pejabat Wilayah Kementerian Agama Jatim, Husnul Maram memberitahu, pihaknya sedang meneliti tuntutan saman berkenaan.

SURABAYA: Seorang jemaah haji berasal dari Sidoarjo, Jawa Timur, Prayitno mengemukakan saman terhadap pihak berkuasa mengenai pelaksanaan ibadah haji tahun ini.

Jemaah lelaki itu menuntut Kementerian Agama, Pejabat Wilayah Kementerian Agama Jatim dan Pejabat Wilayah Kementerian Agama Sidoarjo masing-masing membayar ganti rugi kepadanya sebanyak 1.1 bilion rupiah (RM333,948).

Prayitno mendakwa, kesemua pihak berkenaan mengabaikan para jemaah semasa pelaksanaan ibadah haji, baru-baru ini.

Katanya, dia sudah mengemukakan tuntutan saman itu kepada Mahkamah Daerah Sidoarjo pada minggu lalu.

“Saya mahu semua pihak berkaitan, terutamanya Kementerian Agama memohon maaf kepada para jemaah Indonesia secara terbuka melalui media massa.

“Selama saya menjalani ibadah haji, sebanyak 11 kali saya dan jemaah lain tidak diberi makan.

“Selama tiga hari berada di Mekah, saya tidak diberi makan sebanyak sembilan kali dan dua kali ketika berada di Mina,” katanya.

Jelas Prayitno, sudahlah tidak diberi makan, air minuman juga tidak dapat.

Katanya, ketika berada di Muzdalifah, tiada sarapan dan makan tengah hari disediakan, dan dia hanya menerima makan malam yang dihidangkan pada pukul 5 petang.

“Pada mulanya, kami cuba bersangka baik dan positif. Mungkin Itu adalah dugaan semasa melakukan ibadah haji.

“Namun, selepas beberapa kali berdepan situasi yang sama, kami mula rasakan ada yang tidak kena dengan pihak pengurusan,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Wilayah Kementerian Agama Jatim, Husnul Maram memberitahu, pihaknya sedang meneliti tuntutan saman berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending