Connect with us

Antarabangsa

UNRWA perlukan lebih banyak dana untuk pelarian Palestin

Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) perlu mengumpul berjuta-juta dolar untuk mengurangkan defisitnya sebelum akhir 2023, kata seorang pegawai UNRWA pada Sabtu.

Wartawan TMT

Published

on

UNRWA perlukan lebih banyak dana untuk pelarian Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) perlu mengumpul berjuta-juta dolar untuk mengurangkan defisitnya sebelum akhir 2023, kata seorang pegawai UNRWA pada Sabtu.
  • Penasihat media agensi PBB itu, Adnan Abu Hasna, berkata agensi berkenaan memerlukan lebih banyak bantuan untuk membiayai program kesihatan, pendidikan dan lain-lain, lapor Xinhua.
  • \Beliau berkata kekurangan dana akan menjejaskan program bantuan makanan di Semenanjung Gaza untuk manfaat kepada 1.2 juta pelarian Palestin, program bantuan tunai di Syria dan Lubnan.

GAZA : Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) perlu mengumpul berjuta-juta dolar untuk mengurangkan defisitnya sebelum akhir 2023, kata seorang pegawai UNRWA pada Sabtu.

Penasihat media agensi PBB itu, Adnan Abu Hasna, berkata agensi berkenaan memerlukan lebih banyak bantuan untuk membiayai program kesihatan, pendidikan dan lain-lain, lapor Xinhua.

Beliau berkata kekurangan dana akan menjejaskan program bantuan makanan di Semenanjung Gaza untuk manfaat kepada 1.2 juta pelarian Palestin, program bantuan tunai di Syria dan Lubnan.

Ratusan ribu pelarian di Lubnan dan Syria bergantung dengan bantuan UNRWA, katanya kepada pemberita di Gaza City.

Ditubuhkan pada 1949, UNRWA diberi mandat untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin.

Hampir kesemua pembiayaannya datang daripada sumbangan sukarela. 

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending