Antarabangsa
Transgender gelandangan daftar sebagai wanita untuk dekati ‘hot totty’
Transgender gelandangan daftar sebagai wanita untuk dekati ‘hot totty’
- Seorang transgender dikeluarkan dari unit wanita pusat perlindungan gelandangan di Brighton selepas melakukan gangguan seksual ke atas kakitangan pusat itu dan didakwa mengubah jantinanya hanya untuk mendekati wanita secara dekat.
- Chloe Dove, 48, nama sebenarnya Trevor Parnham, didatangi polis selepas dua kakitangan St. Patrick’s Night Hostel mengadu menerima ancaman bahasa dan tingkah laku kesat daripada transgender itu.
- Berdasarkan kenyataan mahkamah dibuat seorang kakitangan lelaki mendakwa pendaftaran transgender terbabit sebagai seorang wanita di pusat itu bertujuan melihat ‘hot totty’, loghat British yang merujuk kepada wanita yang secara seksualnya kelihatan menarik.
- “Saya fikir dia mendaftar sebagai wanita kerana dia lebih selesa bersama wanita,” kata pekerja itu menambah, “tetapi dia memberitahu kakitangan bahawa dia mahu melihat ‘hot totty’.”
Seorang transgender dikeluarkan dari unit wanita pusat perlindungan gelandangan di Brighton selepas melakukan gangguan seksual ke atas kakitangan pusat itu dan didakwa mengubah jantinanya hanya untuk mendekati wanita secara dekat.
Chloe Dove, 48, nama sebenarnya Trevor Parnham, didatangi polis selepas dua kakitangan St. Patrick’s Night Hostel mengadu menerima ancaman bahasa dan tingkah laku kesat daripada transgender itu.
Berdasarkan kenyataan mahkamah dibuat seorang kakitangan lelaki mendakwa pendaftaran transgender terbabit sebagai seorang wanita di pusat itu bertujuan melihat ‘hot totty’, loghat British yang merujuk kepada wanita yang secara seksualnya kelihatan menarik.
“Saya fikir dia mendaftar sebagai wanita kerana dia lebih selesa bersama wanita,” kata pekerja itu menambah, “tetapi dia memberitahu kakitangan bahawa dia mahu melihat ‘hot totty’.”
Seorang kakitangan, Barney Osborn mendakwa Dove mengancam untuk mengikutnya ke mana saja dia pergi, menyebabkan dia takut menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.
Kakitangan lain, Francesca Getty menerangkan kepada mahkamah bahawa Dove meminta kemaluannya diperiksa atas sebab-sebab kesihatan, tetapi kemudiannya mengaku pemeriksaan itu untuk kepuasan seksual peribadinya.
Dove yang sering membuat kenyataan lucah kepada Getty pernah mendakwa ingin membunuh diri untuk mendapatkan persetujuan Getty bertemu dengannya dan kemudian mula berborak tentang pilihan seksualnya.
Selepas Dove diarah keluar dari asrama, situasi bertambah serius apabila dia mula meronda premis, membunyikan pemegang pintu, loceng dan membuang air kecil serta air besar berdekatan pintu masuk.
Sumber: Reduxx
You must be logged in to post a comment Login