Connect with us

Antarabangsa

Seksa dan hukum bunuh seorang lelaki Muslim, 10 lelaki dipenjarakan di India

Mahkamah India pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada 10 lelaki yang didakwa melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki Islam yang maut selepas diseksa dan dipaksa melaungkan slogan Hindu.

Wartawan TMT

Published

on

Seksa dan hukum bunuh seorang lelaki Muslim, 10 lelaki dipenjarakan di India
Foto: Gambar mangsa, Tabrez Ansari.
  • Mahkamah India pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada 10 lelaki yang didakwa melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki Islam yang maut selepas diseksa dan dipaksa melaungkan slogan Hindu.
  • Mangsa, Tabrez Ansari telah diikat pada tiang dan diseksa selama 12 jam pada 2019, ketika dia menangis dan merayu kepada kumpulan yang menuduhnya melakukan pecah rumah di negeri timur India, Jharkhand.
  • Video insiden yang tular di media sosial menunjukkan lelaki berusia 24 tahun itu dipaksa melaungkan “Jai Sri Ram” iaitu slogan yang digunakan secara meluas oleh pelampau Hindu.

Mahkamah India pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada 10 lelaki yang didakwa melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki Islam yang maut selepas diseksa dan dipaksa melaungkan slogan Hindu.

Menurut laporan The Guardian, mangsa, Tabrez Ansari telah diikat pada tiang dan diseksa selama 12 jam pada 2019, ketika dia menangis dan merayu kepada kumpulan yang menuduhnya melakukan pecah rumah di negeri timur India, Jharkhand.

Video insiden yang tular di media sosial menunjukkan lelaki berusia 24 tahun itu dipaksa melaungkan “Jai Sri Ram” iaitu slogan Hindu yang diguna secara meluas oleh pelampau agama itu.

Polis kemudian menahan Tabrez yang dalam keadaan kritikal kerana didakwa mencuri dan membawanya ke hospital beberapa hari kemudian di mana dia kemudiannya dilaporkan meninggal dunia semasa dalam tahanan.

Ekoran bantahan awam, polis menahan 12 lelaki Hindu, namun dua daripadanya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Isteri Tabrez, Shaista Parveen berkata dia akan merayu terhadap hukuman itu untuk meningkatkannya.

“Saya menghormati perintah mahkamah, tetapi saya tidak berpuas hati sepenuhnya dengan keputusan itu. Kami akan mendekati mahkamah yang lebih tinggi untuk keadilan,” katanya kepada AFP.

Advertisement

Perdana Menteri India, Narendra Modi yang dikritik kerana tidak bersuara menentang keganasan agama berkata dia ‘disakiti’ oleh pembunuhan Tabrez.

Kerajaan nasionalis Hindu Modi juga dituduh menutup mata terhadap peningkatan jumlah serangan atas minoriti Muslim itu.

Kumpulan hak asasi manusia berkata perusuh beragama Hindu semakin berani di bawah pemerintahan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi yang berkuasa di India sejak  2014.

Sumber: The Guardian

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending