Connect with us

Terkini

RUU penubuhan Majlis Media Malaysia dibentang di Parlimen Mac depan

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) dapat dibentangkan di Parlimen, selewat-lewatnya pada sidang Mac depan.

Wartawan TMT

Published

on

RUU penubuhan Majlis Media Malaysia dibentang di Parlimen Mac depan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) dapat dibentangkan di Parlimen, selewat-lewatnya pada sidang Mac depan.
  • Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching menerusi hantaran di Facebook, hari ini berkata, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat bagi perbincangan lanjut mengenai RUU itu, yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, semalam.
  • “Inilah komitmen (KKD) sebagai satu daripada usaha memastikan kebajikan pengamal media terjaga serta informasi yang diterima setiap lapisan masyarakat adalah lebih sahih dan secara tidak langsung memelihara keharmonian negara.
  • “Kami di KKD menyambut baik amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kebebasan media terus diangkat dan diperkasa sebagai satu daripada usaha menangani segala pembohongan jahat serta berita palsu yang boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) dapat dibentangkan di Parlimen, selewat-lewatnya pada sidang Mac depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching menerusi hantaran di Facebook, hari ini berkata, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat bagi perbincangan lanjut mengenai rang undang-undang itu, yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, semalam.

“Inilah komitmen (KKD) sebagai satu daripada usaha memastikan kebajikan pengamal media terjaga serta informasi yang diterima setiap lapisan masyarakat adalah lebih sahih dan secara tidak langsung memelihara keharmonian negara.

“Kami di KKD menyambut baik amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kebebasan media terus diangkat dan diperkasa sebagai satu daripada usaha menangani segala pembohongan jahat serta berita palsu yang boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat,” katanya.

Perdana Menteri ketika mengumumkan inisiatif ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ di sini, semalam, berkata kerajaan akan terus mengangkat dan memperkasa kebebasan media bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar.

Anwar berkata, usaha itu juga dapat menangani semua jenis pembohongan jahat dan berita palsu yang boleh menyemai perpecahan dan ketidakpercayaan. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending