Connect with us

Antarabangsa

Russia diberi amaran ancaman keganasan serangan mengejut

Komander pasukan Tentera Kebebasan Russia memberi amaran bahawa pihaknya merancang untuk melancarkan satu lagi serbuan rentas sempadan serta akan memanfaatkan kekacauan di Kremlin berikutan pemberontakan oleh askar upahan Wagner yang diketuai Yevgeny Prigozhin baru-baru ini, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Published

on

Russia diberi amaran ancaman keganasan serangan mengejut
Foto: Jurucakap komander pasukan Tentera Kebebasan Russia, Caesar memberi amaran kepada Putin untuk melancarkan serangan seterusnya ke atas tentera Kremlin.
  • Komander pasukan Tentera Kebebasan Russia memberi amaran bahawa pihaknya merancang untuk melancarkan satu lagi serbuan rentas sempadan serta akan memanfaatkan kekacauan di Kremlin berikutan pemberontakan oleh askar upahan Wagner yang diketuai Yevgeny Prigozhin baru-baru ini, lapor akhbar The Guardian kelmarin.
  • Kumpulan separa tentera anti-Presiden Russia, Vladimir Putin itu terdiri daripada beratus-ratus askar sukarelawan Russia.
  • Ia sebelum ini melancarkan serangan pada Mei dan awal bulan lalu. Pasukan berkenaan menduduki perkampungan sempadan berhampiran bandar Belgorod di Russia dan bertempur dengan tentera Putin serta menawan 10 anggotanya.

KIEV – Komander pasukan Tentera Kebebasan Russia memberi amaran bahawa pihaknya merancang untuk melancarkan satu lagi serbuan rentas sempadan serta akan memanfaatkan kekacauan di Kremlin berikutan pemberontakan oleh askar upahan Wagner yang diketuai Yevgeny Prigozhin baru-baru ini, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

“Ia akan menjadi operasi ketiga kami. Selepas itu, operasi keempat dan kelima akan menyusul. Kami mempunyai cita-cita tinggi dan mahu membebaskan semua wilayah kami,” kata jurucakapnya, Caesar dalam satu temu bual dengan akhbar Observer di Kiev.

Kumpulan separa tentera anti-Presiden Russia, Vladimir Putin itu terdiri daripada beratus-ratus askar sukarelawan Russia.

Ia sebelum ini melancarkan serangan pada Mei dan awal bulan lalu. Pasukan berkenaan menduduki perkampungan sempadan berhampiran bandar Belgorod di Russia dan bertempur dengan tentera Putin serta menawan 10 anggotanya.

Caesar atau nama sebenarnya Maximillian Andronnikov didakwa oleh pihak pendakwa raya Russia dalam pelbagai jenayah termasuk mengkhianati tanah air.

Dia mengakui kumpulannya hanya boleh berfungsi dengan bantuan ketenteraan dari Ukraine, namun berkata, mereka boleh membuat keputusan bebas sendiri sekiranya berada di wilayah Russia. -Agensi 

Sumber: Kosmo

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author