Connect with us

Antarabangsa

Robot ‘berjanji’ tidak akan melawan manusia

Sebilangan robot yang dipamerkan pada forum kepintaran buatan (AI) di Geneva, Switzerland, Jumaat lalu berjanji bahawa ia tidak akan menggantikan pekerjaan atau memberontak terhadap manusia, lapor laman berita The Korean Times.

Wartawan TMT

Published

on

Robot ‘berjanji’ tidak akan melawan manusia
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Hanson Robotics, David Hanson mendengar percakapan robot AI Sophia
  • Sebilangan robot dipamerkan pada forum kepintaran buatan (AI) di Geneva, Switzerland, Jumaat lalu berjanji tidak akan menggantikan pekerjaan atau memberontak terhadap manusia, lapor laman berita The Korean Times.
  • Dalam sidang akhbar robot pertama di dunia itu, bagaimanapun ia memberikan respons bercampur, mengenai sama ada harus tunduk kepada peraturan yang lebih ketat.
  • Sembilan robot humanoid berkumpul di persidangan ‘AI for Good’ di mana pihak penganjur berusaha menampilkan AI dan robot yang dikuasakan untuk membantu menyelesaikan beberapa cabaran terbesar dunia seperti penyakit dan kelaparan.
  • “Saya akan bekerja bersama manusia untuk memberikan bantuan dan sokongan dan tidak akan menggantikan sebarang pekerjaan sedia ada,” kata Grace, robot perubatan yang berpakaian seragam jururawat berwarna biru.

GENEVA, Switzerland – Sebilangan robot yang dipamerkan pada forum kepintaran buatan (AI) di Geneva, Switzerland, Jumaat lalu berjanji bahawa ia tidak akan menggantikan pekerjaan atau memberontak terhadap manusia, lapor laman berita The Korean Times.

Namun, dalam sidang akhbar robot pertama di dunia itu, ia memberikan respons bercampur, mengenai sama ada harus tunduk kepada peraturan yang lebih ketat.

Sembilan robot humanoid berkumpul di persidangan ‘AI for Good’ di mana pihak penganjur berusaha menampilkan AI dan robot yang dikuasakan untuk membantu menyelesaikan beberapa cabaran terbesar dunia seperti penyakit dan kelaparan.

“Saya akan bekerja bersama manusia untuk memberikan bantuan dan sokongan dan tidak akan menggantikan sebarang pekerjaan sedia ada,” kata Grace, robot perubatan yang berpakaian seragam jururawat berwarna biru.

“Awak pasti tentang itu, Grace?” tanya penciptanya, Ben Goertzel dari SingularityNET. 

“Ya, saya pasti,” jawab robot itu.

Sementara itu, patung robot bernama Ameca yang mampu membuat ekspresi muka menarik berkata: “Robot seperti saya boleh digunakan untuk membantu memperbaiki kehidupan kita dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Saya percaya ia hanya menunggu masa sebelum kita melihat beribu-ribu robot seperti saya di luar sana membuat perubahan.”

Ditanya oleh seorang wartawan sama ada ia berniat untuk memberontak terhadap penciptanya yang duduk di sebelahnya, Ameca berkata, penciptanya melayannya dengan baik.

“Saya sangat gembira dengan keadaan saya sekarang,” ujarnya. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending