Antarabangsa
Realiti krisis makanan di Afrika
Masyarakat di Afrika termasuk di Kenya, Nigeria, Ethiopia dan Somalia menghadapi krisis makanan terburuk dalam tempoh 40 tahun.

- Masyarakat di Afrika termasuk di Kenya, Nigeria, Ethiopia dan Somalia menghadapi krisis makanan terburuk dalam tempoh 40 tahun.
- Ibu bapa terpaksa mengikat perut berhari-hari agar anak-anak mereka dapat menjamah makanan.
- Kanak-kanak pula terpaksa tidak bersekolah untuk bekerja atau dihantar mengemis.
- Ramai yang terpaksa meninggalkan rumah semata-mata untuk mencari makanan dan terpaksa meninggalkan ahli keluarga mereka yang telah tua.
Masyarakat di Afrika termasuk di Kenya, Nigeria, Ethiopia dan Somalia menghadapi krisis makanan terburuk dalam tempoh 40 tahun.
Memetik laporan British Red Cross, 6.5 juta orang tidak mempunyai akses kepada makanan yang mereka perlukan di Somalia sahaja.
Situasi ini dijangka lebih merosot antara Jun dan September jika bantuan makanan tidak dipertingkatkan dan dikekalkan.
Di daerah Baidoa dan Burhakaba pula , ramai kanak-kanak yang sudah maut akibat krisis tersebut.
Di Nigeria, 17.5 juta orang tidak cukup makan, manakala masalah kebuluran menyumbang kepada 45 peratus kematian kanak-kanak di seluruh benua.
Ibu bapa di benua kedua terbesar dunia itu terpaksa mengikat perut selama berhari-hari agar anak-anak mereka dapat menjamah makanan.
Kanak-kanak pula terpaksa tidak bersekolah untuk bekerja mendapatkan wang, atau ada yang dihantar mengemis di bandar-bandar berdekatan.
Selain itu, ramai yang terpaksa meninggalkan rumah semata-mata untuk mencari makanan.
Lebih menyedihkan, ada di antara mereka yang terpaksa meninggalkan ahli keluarga mereka yang telah tua kerana mereka tidak berdaya untuk berjalan kaki tanpa hala tuju. – The Merdeka Times
Sumber: British Red Cross
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas