Connect with us

Terkini

PRN: Jangan main isu sensitif, PDRM pantau kempen di media sosial

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin parti politik supaya berwaspada ketika berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana setiap ucapan termasuk muat naik di media sosial akan dipantau.

Wartawan TMT

Published

on

PRN: Jangan main isu sensitif, PDRM pantau kempen di media sosial
Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin parti politik supaya berwaspada ketika berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana setiap ucapan termasuk muat naik di media sosial akan dipantau.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata bukan hanya berkaitan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja, malah kempen secara maya atau kenyataan melalui media sosial yang menyentuh sebarang isu sensitif akan turut dipantau dan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.
  • “Pihak polis sendiri terdiri pegawai akan merakam ucapan serta pegawai penyiasat akan menjalankan pemantauan pada setiap masa di semua program kempen oleh mana-mana parti politik yang akan diadakan sepanjang PRN ini.”
  • “Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna bijak dalam berkongsi pandangan atau pendapat menerusi media sosial tanpa menyentuh sebarang isu sensitif,” kata Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin parti politik supaya berwaspada ketika berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana setiap ucapan termasuk muat naik di media sosial akan dipantau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata bukan hanya berkaitan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja, malah kempen secara maya atau kenyataan melalui media sosial yang menyentuh sebarang isu sensitif akan turut dipantau dan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

Mengulas lanjut, katanya, PDRM akan menempatkan pegawai penyiasat serta pasukan teknikal untuk merakam setiap ucapan bagi tujuan memantau sebarang aktiviti yang boleh mengganggu keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di semua enam negeri yang terbabit PRN.

“Saya ingatkan sekali lagi, jangan mainkan sebarang isu sensitif dan perkara yang saya rasakan tidak perlu dinyatakan semasa berkempen, demi memastikan perpaduan dan keharmonian sesama masyarakat di negara kita sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Pihak polis sendiri terdiri pegawai akan merakam ucapan serta pegawai penyiasat akan menjalankan pemantauan pada setiap masa di semua program kempen oleh mana-mana parti politik yang akan diadakan sepanjang PRN ini,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, PDRM memaklumkan 40,000 pegawai dan anggotanya akan terbabit dengan pengawasan sepanjang PRN di enam negeri dengan 663 daripadanya ditempatkan di Pulau Pinang.

Pegawai dan anggota terbabit itu terdiri pasukan dari Bukit Aman dan kontinjen yang tidak terbabit dengan PRN.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, langkah pemantauan akan dilaksanakan bermula hari penamaan calon pada 29 Julai sehinggalah hari pengundian yang dijadualkan 12 Ogos depan.

“Secara amnya, PDRM bukan hanya menumpukan isu 3R dan perkara yang menyentuh sensitiviti pada musim pilihan raya semata-mata, sebaliknya setiap masa demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin.

“Individu dikesan memainkan isu 3R melalui media sosial atau cuba menyebarkan sesuatu yang tidak benar juga tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang.

“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna bijak dalam berkongsi pandangan atau pendapat menerusi media sosial tanpa menyentuh sebarang isu sensitif,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Razarudin berkata pihaknya mengenal pasti hampir 100 lokasi panas di enam negeri terbabit PRN kali ini ini.

“Selangor merekodkan 56 lokasi panas, tertinggi berbanding lima negeri lain. Namun kita mempunyai jumlah keanggotaan mencukupi dalam memastikan PRN ini lancar dan selamat.

“Kita akui ada antara tempat boleh dikatakan panas (hot spot) namun PDRM akan cuba redakan keadaan daripada berlakunya sebarang ketegangan antara semua pihak,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Kolumnis

Islam tetapkan dasar hak pekerja lebih awal dari Barat

TARIKH 1 Mei adalah hari ditetapkan dunia Barat bagi memperingati perjuangan para buruh dalam menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja semasa era Revolusi Perindustrian kira-kira 140 tahun lalu.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

TARIKH 1 Mei adalah hari ditetapkan dunia Barat bagi memperingati perjuangan para buruh dalam menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja semasa era Revolusi Perindustrian kira-kira 140 tahun lalu.

Sejak saat itu, tarikh tersebut didedikasikan sebagai ‘Hari Pekerja’ bagi meraikan semua yang bergelar pekerja di seluruh dunia.  

Namun, fahaman itu adalah fahaman simplistik yang mengaitkan Hari Pekerja hanyalah hari untuk berehat dan bersantai sempena cuti umum. 

Sedangkan, terdapat peristiwa hitam di sebalik ‘keseronokan’ cuti Hari Pekerja di mana untuk mencapai ke detik itu, telah banyak nyawa terkorban dalam menuntut hak-hak pekerja. 

Barat perlu bermati-matian tetap dasar hak pekerja 

Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886 yang menjadi akar kepada sejarah Hari Pekerja. 

Foto: Peristiwa rusuhan Haymarket di Chicago pada 4 Mei 1886

Rusuhan itu berpunca daripada kezaliman pemilik kilang industri yang menindas tenaga buruh supaya mereka bekerja lebih masa dengan kadar upah rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan peribadi. 

Ada buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah, ada yang terpaksa bekerja selama 19 jam sehari tanpa diberikan sebarang cuti. Dan upah diterima tidak setimpal dengan kadar jam yang mereka kerjakan. 

Disebabkan tiada sebarang kawalan daripada kerajaan, kilang-kilang industri ini bebas untuk memperlakukan apa-apa sahaja terhadap tenaga buruh mereka walaupun ditindas seperti ‘hamba’. 

Malah di samping dunia Barat pada ketika itu, tidak mempunyai asas dan dasar yang boleh mengangkat hak-hak asasi kemanusiaan. 

Maka para buruh perlu berjuang bermati-matian dan berdemonstrasi bagi menuntut dan menetapkan hak buat mereka. 

Iaitu hak bekerja lapan jam sehari, hak bercuti rehat seminggu sekali serta hak dibayar upah setimpal. 

Perjuangan inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau Labour Day pada 1 Mei setiap tahun dan hak-hak inilah yang menjadi teras kepada tenaga sumber manusia di zaman moden. 

Justeru itu, sehingga kini ramai memandang ke arah dunia Barat sebagai peneraju dalam menetapkan dasar hak-hak pekerja dan paling terkedepan dalam mencari solusi isu hak pekerja. 

Muslim usah inferior, Islam sudah lama ada hak pekerja anti penindasan 

Sedangkan menariknya, Islam telah lama mengakui dan membawa dasar hak-hak pekerja anti-penindasan yang diperjuangkan Barat sejak 1400 tahun dahulu tanpa perlu berlakunya pertumpahan darah. 

Dalam ajaran Islam, pekerja dianggap seperti saudara dan pembantu yang layak dilayan dengan manusiawi, cermat dan perlu dijaga hak dan kebajikannya sepanjang tempoh mereka berkhidmat.  

“Mereka adalah saudara dan pembantu kalian, Allah telah menjadikan mereka di bawah (kekuasaan) tangan-tangan kalian. Barangsiapa yang keadaan saudaranya berada di bawah kekuasaannya, hendaklah ia memberi makan dari apa yang ia makan, memberi pakaian dari apa yang ia pakai, dan janganlah kalian memberinya pekerjaan yang tidak sanggup mereka kerjakan. Jika kalian membebaninya pekerjaan, maka bantulah mereka!” (Sahih Bukhari, No. 30) 

Berbeza dengan dunia Barat di mana pekerja perlu bermati-matian untuk menuntut hak-hak mereka daripada majikan, sebaliknya para sahabat Nabi SAW, yang juga majikan, dengan mudahnya mengimplementasikan dasar itu dan memberikan hak-hak pekerja kepada hamba-hamba mereka. 

Contohnya dari kehidupan para sahabat seperti kisah Salman RA dan Abu Dzar RA menunjukkan bagaimana mereka tidak membebani pekerja dengan tugas yang berat dan menjaga kebajikan pekerjanya. 

Abu Qilabah meriwayatkan: Seorang lelaki masuk ke rumah Salman RA, sedang dia menguli tepung. Lelaki itu berkata, “Apakah ini?”. Salman berkata, “Kami mengutus hamba itu untuk suatu urusan dan kami tidak suka jika dia mempunyai dua tugas sekaligus.” (Ḥilyat al-Awliyā’, No. 657)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Ibnu Syuaib RA berkata: “Aku pernah menemui Abu Dzar di daerah Rabbah, aku melihat Abu Dzar memakai jubah dan hambanya juga memakai jubah yang sama juga.” (Sahih Bukhari, No. 30) 

Meskipun Islam telah memperkenalkan nilai anti-penindasan dan hak-hak pekerja terlebih dahulu dari Barat, sayangnya, nilai dan hak tersebut jarang diperkatakan secara luas seperti Barat. 

Barangkali disebabkan Muslim sendiri berasa ‘inferior’ dengan nilai Islam dan terlalu memandang tinggi terhadap nilai Barat sedangkan nilai Islam hakikatnya sudah jauh mendahului nilai Barat. 

Contohnya, hak dibayar upah setimpal yang diperjuangkan Barat. Islam memerintahkan majikan bukan sahaja perlu membayar pekerjanya dengan upah setimpal, namun penggajiannya perlu cepat dan disegerakan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Berikanlah upah pekerja (buruh) sebelum kering peluhnya.” (Sunan Ibn Majah, No. 2443) 

Imam Al-Munawi dalam kitabnya, Faidh Al-Qadir berkata: “Haram hukumnya menunda gaji pekerja jika tiada kekangan untuk disegerakan. Perintah untuk menyerahkan gaji sebelum mengering peluh para pekerja adalah satu kiasan atas wajibnya menyegerakan setelah pekerjaan mereka selesai, walau para pekerja memintanya meskipun belum sampai berpeluh, atau berpeluh dan telah kering.” 

Walaupun demikian penggajian boleh juga mengikut persetujuan sama ada harian, mingguan atau bulanan. Jika ianya telah dipersetujui, maka hendaklah ditunaikan mengikut persetujuan. 

“Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.” (Jami’ at-Tirmidhi, No. 1352) 

Kesimpulan 

Bayangkan sejak 1400 tahun lalu, dari sistem kontrak antara majikan dan pekerja, sistem penggajian sehinggalah hal ehwal kebajikan dan implementasinya telah dititik beratkan dalam dunia Islam. 

Malah terdapat satu amaran keras terhadap majikan yang menzalimi dan menindas pekerjanya. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman: 

“Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuhKu pada hari kiamat…(salah satunya ialah) orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan.” (Sahih Bukhari, No. 2227) 

Sesungguhnya, nilai-nilai dan hak-hak pekerja dalam Islam adalah solusi yang cukup adil dan saksama kerana ia diberi oleh Tuhan yang Maha Mengetahui, yang tahu apa yang terbaik dan terburuk untuk setiap makhlukNya. – The Merdeka Times 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending