Connect with us

Terkini

PRN : Isu 3R dijangka terus jadi ‘senjata’, mudah pengaruhi pengundi

Pihak tertentu dijangka terus memainkan isu yang menyentuh 3R (agama, raja dan kaum) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana bagi mereka ia dianggap `senjata’.

Wartawan TMT

Published

on

PRN : Isu 3R dijangka terus jadi 'senjata', mudah pengaruhi pengundi
Foto: Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain.
  • Pihak tertentu dijangka terus memainkan isu 3R (agama, raja dan kaum) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana bagi mereka ia dianggap `senjata’.
  • Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata ini kerana isu sedemikian mudah untuk mempengaruhi pengundi.
  • Katanya, isu agama dan perkauman itu juga sudah ditegah oleh Raja-Raja Melayu namun ia masih berlaku berikutan isu ini sangat dekat dengan pengundi, terutama Melayu kerana ia boleh mempengaruhi mereka dengan mudah.
  • Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai sikap pihak pembangkang yang kini semakin banyak memainkan isu politik bersifat keagamaan dan perkauman.

KUALA LUMPUR: Pihak tertentu dijangka terus memainkan isu yang menyentuh 3R (agama, raja dan kaum) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana bagi mereka ia dianggap `senjata’.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata ini kerana isu sedemikian mudah untuk mempengaruhi pengundi.

Katanya, isu agama dan perkauman itu juga sudah ditegah oleh Raja-Raja Melayu namun ia masih berlaku berikutan isu ini sangat dekat dengan pengundi, terutama Melayu kerana ia boleh mempengaruhi mereka dengan mudah.

“Malah ia juga akan membentuk persepsi dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai sikap pihak pembangkang yang kini semakin banyak memainkan isu politik bersifat keagamaan dan perkauman.

Justeru, beliau berkata, parti politik sepatutnya lebih berhati-hati kerana isu agama dan perkauman boleh memecahbelahkan masyarakat.

Malah, katanya, parti politik sepatutnya lebih mengutamakan isu rakyat yang mendesak dan memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Mereka tidak sepatutnya menggunakan isu-isu murahan membabitkan agama dan perkauman, terutama ketika berkempen nanti,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending