Connect with us

Antarabangsa

Petugas kesihatan UK sibuk acara ‘woke’, giliran menunggu pesakit meningkat 7.4 juta

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom (UK) masih membiarkan petugas mereka menghabiskan lebih 26,000 jam setahun menghadiri acara ‘woke’ biarpun giliran menunggu pesakit kini mencecah 7.4 juta.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Petugas kesihatan UK sibuk acara ‘woke’, giliran menunggu pesakit meningkat 7.4 juta
Foto: Petugas bagi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom (UK) yang menghabiskan lebih 26,000 jam setahun menghadiri acara ‘woke’.
  • Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom (UK) masih membiarkan petugas mereka menghabiskan lebih 26,000 jam setahun menghadiri acara ‘woke’ biarpun giliran menunggu pesakit kini mencecah 7.4 juta.
  • Acara yang dijalankan pada hari bekerja itu biasanya membincangkan isu transgender, seksualiti dan perkauman.
  • Penganjuran acara dalam pelbagai bentuk itu termasuk perkelahan, aktiviti menikmati ‘teh dan kek pelangi’ selain sesi khas membincangkan topik berkenaan kata nama.
  • Terkini, siasatan Perikatan Pembayar Cukai UK mendedahkan dan menyimpulkan betapa gagalnya ketua jabatan kesihatan dalam mengawal selia aktiviti-aktiviti sebegitu.
  • Berdasarkan analisa terhadap maklum balas tinjauan Maklumat Bebas, sekitar 26,000 jam digunakan untuk acara ‘woke’ yang dianjurkan, bersamaan dengan perkhidmatan seorang petugas kesihatan selama 13 tahun.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom (UK) masih membiarkan petugas mereka menghabiskan lebih 26,000 jam setahun menghadiri acara ‘woke’ biarpun giliran menunggu pesakit kini mencecah 7.4 juta.

Acara yang dijalankan pada hari bekerja itu biasanya membincangkan isu transgender, seksualiti dan perkauman, demikian lapor Daily Mail.

Penganjuran acara dalam pelbagai bentuk itu termasuk perkelahan, aktiviti menikmati ‘teh dan kek pelangi’ selain sesi khas yang membincangkan topik berkenaan kata nama.

Terkini, siasatan Perikatan Pembayar Cukai UK mendedahkan dan menyimpulkan betapa gagalnya ketua jabatan kesihatan dalam mengawal selia aktiviti-aktiviti sebegitu.

Ini kerana rekod menunjukkan 1,000 acara dianjurkan sejak Januari 2022 sehingga Mac tahun ini dengan penganjuran lebih tiga acara yang berlaku dalam sehari.

Berdasarkan analisa terhadap maklum balas tinjauan Maklumat Bebas, sekitar 26,000 jam digunakan untuk acara ‘woke’ yang dianjurkan, bersamaan dengan perkhidmatan seorang petugas kesihatan selama 13 tahun.

Walaubagaimanapun, kerugian sebenar mungkin lebih tinggi kerana kebanyakan maklum balas tidak mendedahkan jumlah pekerja hadir dan adanya acara-acara yang dijalankan di luar rekod.

Maklum balas juga mendedahkan acara berlangsung sekitar Januari 2022 sehingga Mac 2023 itu, termasuk aktiviti berkelah, dialog, persembahan filem dan juga kuiz.

Ketua Eksekutif Perikatan Pembayar Cukai, John O’Connell berkata penglibatan menteri untuk campur tangan dalam perkara itu amat diperlukan, memandangkan kos terbabit ditanggung NHS serta senarai menunggu pesakit yang tidak menurun.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *