Connect with us

Terkini

Peserta kursus asas PGA meninggal dunia disyaki akibat strok haba

Seorang peserta kursus asas Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2023 meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.

Wartawan TMT

Published

on

Peserta kursus asas PGA meninggal dunia disyaki akibat strok haba
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang peserta kursus asas Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2023 meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.
  • Dalam kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu, Konstabel Muhamad Irfan Irham Badrul Hisyam, 21, dikatakan rebah dan mengalami kekejangan secara tiba-tiba.
  • Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Muhamad Irfan dan peserta lain sedang mengikuti kelas dalam bangunan.
  • “Ketika mengikuti kelas, Muhamad Irfan mengadu kepada jurulatih kakinya sakit dan dia diminta duduk di atas kerusi. Bagaimanapun, ketika mahu bangun, peserta tersebut tiba-tiba rebah sebelum diserang sawan dan meracau. Anggota perubatan memberi bantuan awal dan segera membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk rawatan lanjut,” kata Komandan Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, Superintenden Mohammad Hafiz Kadir ketika dihubungi semalam.
  • Menurut beliau, ketika di klinik, doktor bertugas beberapa kali melakukan bantuan pernafasan (CPR), namun Muhamad Irfan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang.
  • Berdasarkan laporan awal doktor di klinik kesihatan tersebut, punca kematian lelaki itu adalah dipercayai akibat strok haba.
  • “Bagaimanapun, itu hanyalah laporan awal, punca kematian sebenar akan diketahui selepas proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Rabu,” katanya.

IPOH – Seorang peserta kursus asas Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2023 meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.

Dalam kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu, Konstabel Muhamad Irfan Irham Badrul Hisyam, 21, dikatakan rebah dan mengalami kekejangan secara tiba-tiba.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Muhamad Irfan dan peserta lain sedang mengikuti kelas dalam bangunan.

Komandan Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, Superintenden Mohammad Hafiz Kadir berkata, Muhamad Irfan dari Cawangan Kompeni Demo Pusat Latihan PGA, baharu sahaja tiga hari melapor diri sebagai peserta kursus pada Ahad lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat rakan Muhamad Irfan, lelaki terbabit dikatakan mengadu mengalami kekejangan kaki kiri sejak malam tadi (Isnin).

“Ketika mengikuti kelas, Muhamad Irfan mengadu kepada jurulatih yang kakinya sakit dan dia telah diminta duduk di atas kerusi.

“Bagaimanapun, ketika mahu bangun, peserta tersebut tiba-tiba rebah sebelum diserang sawan dan meracau. Anggota perubatan memberi bantuan awal dan segera membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, ketika di klinik, doktor bertugas telah beberapa kali melakukan bantuan pernafasan (CPR), namun Muhamad Irfan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, berdasarkan daripada laporan awal doktor di klinik kesihatan tersebut, punca kematian lelaki itu adalah dipercayai akibat strok haba.

“Bagaimanapun, itu hanyalah laporan awal, punca kematian sebenar akan diketahui selepas proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Rabu,” katanya. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending