Connect with us

Terkini

Lesen peniaga di Jalan Silang dibatal, digantung jika sewakan premis kepada warga asing

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membatalkan atau menggantung sementara lesen peniaga di Jalan Silang di sini, yang didapati melanggar peraturan perniagaan dengan menyewakan premis mereka kepada warga asing.

Wartawan TMT

Published

on

Lesen peniaga di Jalan Silang dibatal, digantung jika sewakan premis kepada warga asing
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membatalkan atau menggantung sementara lesen peniaga di Jalan Silang, yang didapati melanggar peraturan perniagaan dengan menyewakan premis mereka kepada warga asing.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, berkata lesen diberikan kepada pemilik haruslah digunakan sebaik mungkin, bukannya diberikan kepada warga asing untuk berniaga.
  • “Jadi, saya sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya… ia juga adalah antara tumpuan utama DBKL dalam membanteras lambakan peniaga warga asing yang terus menguasai lokasi perniagaan utama di ibu kota,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kasih Harapan Kak Wan Siri 3, yang disempurnakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini hari ini.
  • Semalam, seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin ditahan hasil serbuan terhadap 60 premis di sekitar Jalan Silang, hasil daripada operasi bersepadu yang dijalankan PGA PDRM bagi membanteras jenayah yang berlaku sekitar kawasan itu.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membatalkan atau menggantung sementara lesen peniaga di Jalan Silang di sini, yang didapati melanggar peraturan perniagaan dengan menyewakan premis mereka kepada warga asing.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata lesen yang diberikan kepada pemilik haruslah digunakan sebaik mungkin, bukannya diberikan kepada warga asing untuk berniaga.

“Jadi, saya sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya… ia juga adalah antara tumpuan utama DBKL dalam membanteras lambakan peniaga warga asing yang terus menguasai lokasi perniagaan utama di ibu kota,” katanya.

Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kasih Harapan Kak Wan Siri 3, yang disempurnakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu maklumat menyeluruh daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah melaksanakan operasi bersepadu itu di Jalan Silang semalam.

Semalam, seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin ditahan hasil serbuan terhadap 60 premis di sekitar Jalan Silang, hasil daripada operasi bersepadu yang dijalankan PGA PDRM bagi membanteras jenayah yang berlaku sekitar kawasan itu.

Sementara itu, Dr Zaliha dalam ucapannya berkata program Rumah Harapan Kasih Kak Wan merupakan penghubung antara masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan dengan pelbagai agensi kerajaan, korporat dan pertubuhan bukan kerajaan yang sedia menghulurkan bantuan dan perkhidmatan bagi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, program itu yang menyediakan kemudahan pengubahsuaian tanpa kos kepada penduduk terpilih bagi mengubahsuai satu unit rumah, menunjukkan kerajaan komited untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat khususnya rakyat miskin bandar supaya dapat memperbaiki persekitaran rumah.

“Saya yakin program ini akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat menerusi perkongsian perkhidmatan, maklumat dan kepakaran daripada semua pihak yang memerlukan,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tiga pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI tidak terlibat keganasan – Saifuddin

Tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas atau Terrorist Screening Center (TSC) tidak terlibat dalam sebarang isu keganasan berdasarkan semakan rekod keselamatan polis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semakan secara teliti telah dilakukan sebelum kumpulan NGO itu memulakan operasi mereka dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza.
  • “Berdasarkan semakan kita, kesemua NGO terlibat dalam Ops Ihsan ini, rekod keselamatan kita iaitu rekod polis, tidak ada yang terlibat dengan isu-isu keganasan, maknanya ‘clean’.
  • “Penegasan ini penting bahawa kita sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita ada undang-undang dan ada agensi yang bertanggungjawab soal keselamatan serta mempunyai rekod yang kompeten dalam membuat tapisan,” katanya dilaporkan media tempatan hari ini.
  • Saifuddin dilaporkan sebagai berkata tindakan FBI itu ada kaitan dengan Rang Undang-undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas oleh Amerika Syarikat (AS).

KUALA LUMPUR — Tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini yang disenaraikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas atau Terrorist Screening Center (TSC) tidak terlibat dalam sebarang isu keganasan berdasarkan semakan rekod keselamatan polis.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semakan secara teliti telah dilakukan sebelum kumpulan NGO itu memulakan operasi mereka dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza.

Saifuddin berkata kira-kira 359 individu dan 53 NGO terlibat dalam operasi itu.

“Sebelum operasi itu kita mulakan, tentunya kita membuat semakan supaya tiada masalah apabila mereka menjalankan operasi di sana (Gaza).

“Berdasarkan semakan kita, kesemua NGO terlibat dalam Ops Ihsan ini, rekod keselamatan kita iaitu rekod polis, tidak ada yang terlibat dengan isu-isu keganasan, maknanya ‘clean’.

“Penegasan ini penting bahawa kita sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita ada undang-undang dan ada agensi yang bertanggungjawab soal keselamatan serta mempunyai rekod yang kompeten dalam membuat tapisan,” katanya dilaporkan media tempatan hari ini.

Sebelum ini, tular satu surat dikeluarkan Kementerian Luar kepada Pengerusi Sekretariat Induk Ops Ihsan, Jismi Azhari Johari bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, bekas Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul dan Awang Suffian Awang Piut dari Aman Palestin, masing-masing daripada tiga NGO Islam di negara ini disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Menerusi surat berkenaan juga, Kementerian Luar meminta Sekretariat Induk Ops Ihsan mengambil tindakan sewajarnya memastikan tiga individu itu tidak lagi terbabit dengan misi mengurus penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Dalam pada itu, Saifuddin dilaporkan sebagai berkata tindakan FBI itu ada kaitan dengan Rang Undang-undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas oleh Amerika Syarikat (AS).

“Latar belakangnya AS dalam proses mengadakan RUU Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk AS dalam mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending