Connect with us

Antarabangsa

Perancis benarkan polis lakukan intipan menerusi telefon

Polis Perancis boleh melakukan intipan terhadap suspek jenayah dari jauh menerusi kamera, mikrofon, GPS serta peranti lain, menurut penggubal undang-undang yang bersetuju terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Reformasi Keadilan, kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

Perancis benarkan polis lakukan intipan menerusi telefon
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Perancis boleh melakukan intipan terhadap suspek jenayah dari jauh menerusi kamera, mikrofon, GPS serta peranti lain, menurut penggubal undang-undang yang bersetuju terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Reformasi Keadilan, kelmarin.
  • Menerusi komputer riba, kereta dan objek lain yang bersambung serta telefon, peruntukan itu akan meletakkan geolokasi suspek ke dalam jenayah yang boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya lima tahun.
  • Peranti boleh diaktifkan dari jauh merakam bunyi dan imej orang disyaki melakukan kesalahan keganasan, jenayah juvana serta jenayah terancang.
  • Menurut kumpulan hak digital La Quadrature du Net dalam kenyataan pada Mei, peruntukan undang-undang itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap pelanggaran kebebasan hak asasi.
  • Ahli Parlimen dari kem Presiden, Emmanuel Macron memasukkan pindaan untuk mengehadkan penggunaan pengintipan jarak jauh iaitu selepas ia mendapat kebenaran, hanya membabitkan jenayah serius serta untuk tempoh pengawasan yang terhad.

PARIS: Polis Perancis boleh melakukan intipan terhadap suspek jenayah dari jauh menerusi kamera, mikrofon, GPS serta peranti lain, menurut penggubal undang-undang yang bersetuju terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Reformasi Keadilan, kelmarin.

RUU Reformasi Keadilan yang mengandungi peruntukan bagi tujuan pengintipan itu sebelum ini mendapat kecaman pelbagai pihak.

Namun, Menteri Kehakiman, Eric Dupond-Moretti pula menegaskan ia hanya akan menjejaskan puluhan kes setahun.

Menerusi komputer riba, kereta dan objek lain yang bersambung serta telefon, peruntukan itu akan meletakkan geolokasi suspek ke dalam jenayah yang boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya lima tahun.

Peranti juga boleh diaktifkan dari jauh untuk merakam bunyi dan imej orang yang disyaki melakukan kesalahan keganasan, jenayah juvana serta jenayah terancang.

Menurut kumpulan hak digital La Quadrature du Net dalam kenyataan pada Mei, peruntukan undang-undang itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap pelanggaran kebebasan hak asasi.

Mereka mendakwa, peruntukan itu menyentuh hak keselamatan, kehidupan dan urusan peribadi serta hak untuk bergerak bebas.

Ketika sesi perbahasan pada Rabu, Ahli Parlimen dari kem Presiden, Emmanuel Macron memasukkan pindaan untuk mengehadkan penggunaan pengintipan jarak jauh iaitu selepas ia mendapat kebenaran, hanya membabitkan jenayah serius serta untuk tempoh pengawasan yang terhad.

Penggunaan kepada peruntukan undang-undang itu mesti diluluskan oleh hakim, sementara jumlah tempoh pengawasan pula tidak boleh melebihi enam bulan.

Kumpulan profesion termasuk doktor, wartawan, peguam, hakim dan Ahli Parlimen tidak akan disasarkan.

“Kami jauh dari kisah Totalitarianisme 1984, sebuah novel ditulis George Orwell yang mengisahkan mengenai masyarakat di bawah pengawasan penuh. Nyawa rakyat akan diselamatkan oleh undang-undang ini,” kata Dupond-Moretti.

Langkah dipertikaikan itu, adalah sebahagian kandungan daripada beberapa peruntukan lain, yang sudah diundi oleh ahli Dewan Negara dan kini berada di peringkat Parlimen. 

Sumber:  Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending