Antarabangsa
Pelakon ditahan kerana kritik syarat pemakaian hijab di Iran
Seorang pelakon ditahan di Iran selepas mengkritik penguatkuasaan ketat pemakaian hijab dalam kalangan wanita, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
- Seorang pelakon ditahan di Iran selepas mengkritik penguatkuasaan ketat pemakaian hijab dalam kalangan wanita, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
- Mohamad Sadeghi ditahan di kediamannya di Tehran, dengan bantuan anggota bomba, menurut Agensi Berita Tasnim pada Ahad.
- Video yang dimuat naik di Twitter menunjukkan pegawai memasuki rumah Sadeghi semasa pelakon itu sedang membuat rakaman langsung di media sosial.
- Terdahulu, pelakon itu menyiarkan video mengkritik tindakan keras kerajaan Iran terhadap wanita yang tidak mematuhi kod berpakaian.
- Undang-undang turut memperuntukkan hukuman lebih berat kepada mereka yang ingkar.
TEHRAN – Seorang pelakon ditahan di Iran selepas mengkritik penguatkuasaan ketat pemakaian hijab dalam kalangan wanita, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mohamad Sadeghi ditahan di kediamannya di Tehran, dengan bantuan anggota bomba, menurut Agensi Berita Tasnim pada Ahad.
Video yang dimuat naik di Twitter menunjukkan pegawai memasuki rumah Sadeghi semasa pelakon itu sedang membuat rakaman langsung di media sosial.
Terdahulu, pelakon itu menyiarkan video mengkritik tindakan keras kerajaan Iran terhadap wanita yang tidak mematuhi kod berpakaian.
Pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengumumkan polis akan menjalankan rondaan di seluruh negara untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan itu.
Undang-undang turut memperuntukkan hukuman lebih berat kepada mereka yang ingkar.
Pada musim luruh 2022, protes besar-besaran terhadap kepimpinan politik dan agama negara itu tercetus susulan kematian Mahsa Amini, yang meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditahan kerana melanggar kod berpakaian.
Sumber: MalaysiaGazette