Connect with us

Antarabangsa

Pekerja kilang di Kenya diarah tanggal pakaian kerana tuala wanita

Tiga orang ditahan selepas beberapa pekerja sebuah kilang keju di Kenya dipaksa menanggalkan pakaian oleh pengurus mereka untuk memeriksa wanita yang datang bulan, lapor Badan Penyiaran Britain.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tiga orang ditahan selepas beberapa pekerja sebuah kilang keju di Kenya dipaksa menanggalkan pakaian oleh pengurus mereka untuk memeriksa wanita yang datang bulan, lapor Badan Penyiaran Britain.
  • Seorang pengurus Syarikat Brown’s Food telah mengumpulkan beberapa pekerja wanita untuk mengenal pasti siapa yang membuang tuala wanita terpakai ke dalam tong sampah yang salah.
  • Pengurus itu menyuruh pekerja-pekerja berbogel selepas tiada siapa yang mengaku salah.
  • Pengurusan syarikat itu berkata, pihaknya menggantung kerja pengurus wanita tersebut sementara siasatan dilakukan. 

NAIROBI, Kenya – Tiga orang ditahan selepas beberapa pekerja sebuah kilang keju di Kenya dipaksa menanggalkan pakaian oleh pengurus mereka untuk memeriksa wanita yang datang bulan, lapor Badan Penyiaran Britain.

Seorang pengurus Syarikat Brown’s Food telah mengumpulkan beberapa pekerja wanita untuk mengenal pasti siapa yang membuang tuala wanita terpakai ke dalam tong sampah yang salah.

Pengurus itu menyuruh pekerja-pekerja berbogel selepas tiada siapa yang mengaku salah.

Pengurusan syarikat itu berkata, pihaknya menggantung kerja pengurus wanita tersebut sementara siasatan dilakukan. 

Polis di bandar Limuru berkata, tiga orang menghadapi pertuduhan melakukan ‘serangan tidak senonoh’ berhubung kejadian itu. 

Dalam video yang disiarkan di laman Facebook, Senator Gloria Orwoba berkata, beliau menerima ‘panggilan kecemasan’ mengenai kes itu yang berlaku malam Isnin lalu.

“Seorang pengurus menemui tuala wanita terpakai di salah satu tong sampah dan tong itu tidak disediakan untuk pelupusan tuala wanita,” katanya.

Polis telah menjalankan siasatan menyeluruh dan merekodkan kenyataan daripada mangsa sebelum menahan tiga suspek.

Menurut polis, kejadian serupa turut berlaku di beberapa syarikat lain di kawasan itu. – Agensi

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending