Connect with us

Antarabangsa

PBB gesa bekalan senjata, kewangan junta tentera Myanmar disekat

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa masyarakat antarabangsa menyekat akses junta Myanmar kepada senjata dan mata wang asing ketika krisis kemanusiaan negara yang dilanda konflik itu semakin meruncing.

Wartawan TMT

Published

on

PBB gesa bekalan senjata, kewangan junta tentera Myanmar disekat
Foto: Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam gesa masyarakat antarabangsa sekat akses junta Myanmar kepada senjata dan mata wang asing ketika krisis kemanusiaan negara yang dilanda konflik itu semakin meruncing.
  • Myanmar dilanda ketidakstabilan selepas rampasan kuasa pada 2021 yang menggulingkan pemimpin awam dipilih secara demokratik, Aung San Suu Kyi, sehingga cetuskan pertempuran antara tentera dan Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF).
  • “Kita perlu menghalang bekalan senjata kepada tentera serta menganalisis kepentingan ekonomi yang berada di belakangnya,” kata ketua hak asasi manusia PBB, Volker Turk.
  • Pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia bagi Asia Tenggara, Thomas Andrews, berkata mata wang asing membenarkan junta membeli senjata, membekalkan kilang senjatanya dan mengisi minyak pesawat tempur.
  • Turk menuduh tentera memusnahkan kampung dan berkata 3,747 rakyat mati di tangan tentera sejak ia mengambil alih kuasa, dengan lebih 23,000 orang awam ditangkap selain 40 pekerja bantuan turut terbunuh sejak rampasan kuasa berkenaan.

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa masyarakat antarabangsa menyekat akses junta Myanmar kepada senjata dan mata wang asing ketika krisis kemanusiaan negara yang dilanda konflik itu semakin meruncing.

Myanmar dilanda ketidakstabilan selepas rampasan kuasa pada 2021 yang menggulingkan pemimpin awam dipilih secara demokratik, Aung San Suu Kyi, sehingga mencetuskan pertempuran antara tentera dan Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF).

PBB dan kumpulan hak asasi manusia mengecam pencabulan hak termasuk serangan ke atas orang awam dan pekerja kemanusiaan, penahanan sewenang-wenangnya, kehilangan secara paksa, keganasan seksual dan penyeksaan.

“Kita perlu menghalang bekalan senjata kepada tentera serta menganalisis kepentingan ekonomi yang berada di belakangnya,” kata ketua hak asasi manusia PBB, Volker Turk.

Dalam laporan terbaru dibentangkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), Turk turut menyeru ‘langkah bersasar’ bagi mengehadkan akses ketua tentera kepada mata wang asing, bahan api penerbangan dan menangani kaedah yang membolehkan serangan ke atas rakyat Myanmar. 

Pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia bagi Asia Tenggara, Thomas Andrews, berkata mata wang asing membenarkan junta membeli senjata, membekalkan kilang senjatanya dan mengisi minyak pesawat tempur.

Beliau turut menggesa negara lain untuk menyertai Amerika Syarikat (AS) bagi menyekat institusi kewangan Myanmar dan menggesa penyelarasan lebih baik dalam kalangan kerajaan yang sudah mengenakan sekatan.

Turk menuduh tentera memusnahkan kampung dan berkata 3,747 rakyat mati di tangan tentera sejak ia mengambil alih kuasa, dengan lebih 23,000 orang awam ditangkap selain 40 pekerja bantuan turut terbunuh sejak rampasan kuasa berkenaan.

Katanya, lebih 15 juta orang kini amat memerlukan sokongan makanan dan nutrisi secara segera, dengan memaklumkan tentera sengaja menghalang bantuan daripada sampai kepada penduduk selepas kemusnahan akibat Taufan Mocha.

PBB sebelum ini sudah memberi amaran bahawa halangan atau penafian bantuan kemanusiaan mungkin satu pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending