Connect with us

Antarabangsa

Parlimen Ghana mansuh hukuman mati

Penggubal undang-undang Ghana mengundi untuk menghapuskan hukuman mati daripada undang-undang jenayah negara itu minggu ini dan memuji langkah tersebut sebagai kemenangan bagi negara Afrika Barat.

Published

on

Parlimen Ghana mansuh hukuman mati
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Ghana mengundi untuk menghapuskan hukuman mati daripada undang-undang jenayah negara itu minggu ini dan memuji langkah tersebut sebagai kemenangan bagi negara Afrika Barat.
  • Majoriti Parlimen Ghana pada Selasa mengundi untuk meluluskan rang undang-undang meminda Akta Kesalahan Jenayah – menggantikan hukuman gantung atau skuad tembak kepada penjara seumur hidup dalam kesalahan jenayah seperti pembunuhan dan lanun.
  • Ghana adalah negara Afrika ke-29 memansuhkan hukuman mati selepas Chad, Burkina Faso, Guinea Khatulistiwa dan Zambia. 

Penggubal undang-undang Ghana mengundi untuk menghapuskan hukuman mati daripada undang-undang jenayah negara itu minggu ini dan memuji langkah tersebut sebagai kemenangan bagi negara Afrika Barat.

Majoriti Parlimen Ghana pada Selasa mengundi untuk meluluskan rang undang-undang meminda Akta Kesalahan Jenayah – menggantikan hukuman gantung atau skuad tembak kepada penjara seumur hidup dalam kesalahan jenayah seperti pembunuhan dan lanun.

“Parlimen Ghana telah membanggakan negara,” kata timbalan ketua majoriti parlimen, Alexander Kwamina Afenyo-Markin kepada agensi berita Ghana selepas rang undang-undang itu diluluskan.

“Hukuman mati bukan lagi satu hukuman dalam undang-undang kami,” katanya sambil menyatakan keputusan itu meletakkan Ghana sejajar dengan “kedudukan hak asasi manusia antarabangsa”.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 170 negara memansuhkan hukuman mati, manakala 50 negara lain seperti China dan Amerika Syarikat tetap mengekalkan hukuman itu. 

Ghana adalah negara Afrika ke-29 memansuhkan hukuman mati selepas Chad, Burkina Faso, Guinea Khatulistiwa dan Zambia. 

Rang undang-undang parlimen itu diperkenalkan Ahli Parlimen, Francis-Xavier Kojo Sosu yang mewakili Madina di pinggir ibu kota Accra. 

Perlembagaan Ghana bagaimanapun masih membenarkan hukuman mati dalam kes pengkhianatan tinggi.

Sumber: Washington Post 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author