Connect with us

Antarabangsa

Palestin putuskan semua hubungan dengan rejim Israel

Palestin memutuskan semua hubungan, pertemuan dan koordinasi keselamatan dengan Israel, sebagai tanda protes terhadap serangan kejam rejim itu di Tebing Barat yang telah mengorbankan lapan rakyat Palestin dan mencederakan 80 yang lain, lapor Xinhua.

Wartawan TMT

Published

on

Palestin putuskan semua hubungan dengan rejim Israel
Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • Palestin memutuskan semua hubungan, pertemuan dan koordinasi keselamatan dengan Israel, sebagai tanda protes serangan kejam rejim itu di Tebing Barat yang mengorbankan lapan rakyat Palestin dan mencederakan 80 lain, lapor Xinhua.
  • Keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar kepimpinan Palestin yang diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas di Ramallah pada Isnin, memetik kenyataan rasmi.
  • Abbas mengajak rakyat Palestin untuk berdiri teguh, bersatu dan mempertahankan tanah dan tempat suci mereka, menurut Agensi Berita Palestin WAFA.
  • Kepimpinan Palestin turut mengulangi seruan kepada komuniti antarabangsa untuk melindungi rakyat Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza.
  • Menurut kenyataan rasmi itu, kepimpinan Palestin memutuskan untuk segera berhubung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan 2334 dan resolusi-resolusi lain untuk melindungi rakyat Palestin.

RAMALLAH – Palestin memutuskan semua hubungan, pertemuan dan koordinasi keselamatan dengan Israel, sebagai tanda protes terhadap serangan kejam rejim itu di Tebing Barat yang telah mengorbankan lapan rakyat Palestin dan mencederakan 80 yang lain, lapor Xinhua.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar kepimpinan Palestin yang diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas di Ramallah pada Isnin, memetik kenyataan rasmi.

Abbas mengajak rakyat Palestin untuk berdiri teguh, bersatu dan mempertahankan tanah dan tempat suci mereka, menurut Agensi Berita Palestin WAFA.

Kepimpinan Palestin turut mengulangi seruan kepada komuniti antarabangsa untuk melindungi rakyat Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan rasmi itu, kepimpinan Palestin memutuskan untuk segera berhubung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan 2334 dan resolusi-resolusi lain untuk melindungi rakyat Palestin.

Pada Isnin, tentera Israel melancarkan serangan berskala besar dengan menggunakan kenderaan berperisai, jentolak, dron dan helikopter, ke atas bandar Jenin di utara Tebing Barat dan kem pelarian di situ.

Sekurang-kurangnya lapan orang Palestin terbunuh dan 80 orang lain cedera dalam serangan itu, menurut angka terkini Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut angka rasmi, sejak Januari seramai 24 orang kebanyakannya warga Israel telah terbunuh dalam beberapa siri serangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin, manakala 180 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak serta wanita dibunuh oleh tentera dan pendatang Israel.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tindakan pembohong dan pencuri zionis tuntut Palestin adalah tindakan keluar agama Yahudi

Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

KUALA LUMPUR – Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss berkata kumpulan zionis terbukti tidak menjaga ajaran agama Yahudi dan tidak layak dikaitkan dengan agama itu.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Mereka pembohong! semudah itu, mereka adalah pencuri, mereka adalah pembohong, negara Israel dicipta oleh orang-orang yang meninggalkan agama Yahudi, meninggalkan ketuhanan, meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhan, mereka secara terbuka tak menjaga (arahan agama), negara itu tak menjaga 10 Perintah (dalam agama Yahudi). 

“Saya selalu kongsi gambar masa mereka buat, masa mereka isytiharkan kemerdekaan kamu pun boleh nampak, orang Yahudi kena tutup kepala seperti saya, semua Yahudi lelaki perlu menutup kepala mereka.

“Kamu boleh lihat (mereka yang) duduk pada hari-hari bersejarah pengisytiharan kemerdekaan, kamu lihat sini David Ben Gurion, ini gambar Herzl, hampir kesemua mereka tidak menutup kepala mereka.

“Ia satu sandiwara, ia adalah gurauan (bahawa) mereka menubuhkan sebuah negara Yahudi, jadi secara mudahnya ia bukan negara Yahudi, ia satu negara nasionalis yang menggunakan agama sebagai topeng, untuk menyamar, untuk menakut-nakutkan orang supaya mereka tidak bersuara menentang mereka,” kata Yisroel kepada The Merdeka Times selepas Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Yisroel turut menjelaskan alasan zionis untuk menduduki tanah suci itu kerana adanya arahan 3,000 tahun dulu sebenarnya sudah berakhir 2,000 tahun dahulu atas ketetapan orang-orang Yahudi diusir atas kesilapan dan dosa mereka.

“Jadi mereka (zionis) menggunakan fakta yang tuhan berikan (arahan kepada) orang Yahudi 3,000 tahun dulu supaya memasuki tanah suci, tetapi mereka sama sekali mengabaikan fakta bahawa 2000 tahun yang lalu, kita dihantar ke pengasingan dan kita dilarang sebagai orang Yahudi untuk mewujudkan negara Yahudi.

“Dan pastinya (memasuki Palestin) bukan dengan membunuh dan mencuri, dan pastinya – orang Islam dan orang Arab yang bersahabat dengan Yahudi yang mengambil Yahudi masuk sehingga kami mampu hidup, jadi kami harus menunjukkan rasa syukur kepada mereka ini.

“Apa sahaja yang mereka lakukan adalah bercanggah sama sekali dengan agama Yahudi. Dan itulah sebabnya kamu boleh dapati bahawa orang Yahudi telah berdemonstrasi selama 76 tahun di jalan-jalan Baitulmaqdis, mereka dipukul dengan kejam, ditangkap dan dibunuh dan tiada siapa yang bercakap tentang itu,” kata Yisroel.

Terdahulu di dalam ucapannya, Rabbi itu menjelaskan posisi orang Yahudi yang tidak sepatutnya menubuhkan sebuah negara dengan memetik pelbagai rujukan dalam kitab Torah (Old Testament).

Beliau berkata pengusiran warga Yahudi di tanah suci itu berlaku 2,000 tahun dahulu bukan atas dasar tiada kelengkapan senjata atau Amerika tidak memberikan sumbangan mereka, tetapi ia adalah disebabkan dosa-dosa mereka sendiri.

Yisroel menegaskan Yahudi yang jujur kepada agamanya mengungkapkan dalam doa upacara mereka bahawa “oleh kerana dosa, maka kami dalam pengusiran” dan pengusiran itu menyebabkan orang Yahudi tidak dibenarkan kembali ke tanah suci itu secara besar-besaran sebagai bangsa yang menguasainya dan perkara itu merupakan sumpah perjanjian antara mereka dengan tuhan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending