Connect with us

Antarabangsa

Paderi muat turun lebih 100,000 fail porno kanak-kanak

Seorang paderi di Texas mengaku bersalah pada Selasa lalu memuat turun lebih 100,000 fail “BDSM” dan porno kanak-kanak bertemakan binatang.

Wartawan TMT

Published

on

Paderi muat turun lebih 100,000 fail porno kanak-kanak
Foto: Seorang paderi di Texas, David Lloyd Walther.
  • Seorang paderi Texas mengaku bersalah pada Selasa lalu memuat turun – kadangkala di gerejanya –  lebih 100,000 fail “BDSM” dan porno kanak-kanak bertemakan binatang.
  • Sebelum penangkapan, David telah berkhidmat selama 18 tahun sebagai paderi di Gereja Faith Baptist di Round Rock, sekitar utara Austin, AS, demikian lapor Reduxx.
  • Tangkapannya pada bulan Oktober disebabkan beribu-ribu simpanan bahan tidak senonoh ditemukan di platform perisian rangkaian perkongsian fail rakan-ke-rakan.
  • Deacon David Clawson memberitahu Telegram Fort Worth-Star tahun lepas bahawa pemimpin-pemimpin gereja “menyesali segalanya” yang berlaku di bawah bimbingan David.

Seorang paderi di Texas mengaku bersalah pada Selasa lalu memuat turun lebih 100,000 fail “BDSM” dan porno kanak-kanak bertemakan binatang.

David Lloyd Walther, 57, mengakui bahawa dia “mencari, memuat turun, mengedar dan memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak, termasuk pornografi kanak-kanak,” kata Pejabat Peguam Amerika Syarikat (AS) Daerah Barat Texas.

Sebelum penangkapan, David telah berkhidmat selama 18 tahun sebagai paderi di Gereja Faith Baptist di Round Rock, sekitar utara Austin, AS, demikian lapor Reduxx.

Tangkapannya pada Oktober lalu ekoran ribuan simpanan bahan tidak senonoh ditemui di platform perisian rangkaian perkongsian fail rakan-ke-rakan.

Menurut pendakwa raya, penyiasat turut menemui dua cakera keras komputer yang mengandungi “lebih 100,000 imej dan lebih 5,000 video penderaan seksual kanak-kanak” ketika menggeledah rumah paderi tersebut.

David berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda maksimum 250,000 dolar Amerika.

Sumber: NY Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending