Connect with us

Antarabangsa

Operasi ketenteraan Israel di Jenin ‘jenayah perang baharu’

Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada Isnin menyifatkan operasi ketenteraan Israel yang berterusan di bandar Jenin Tebing Barat sebagai “jenayah perang baharu” terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Operasi ketenteraan Israel di Jenin ‘jenayah perang baharu’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada Isnin menyifatkan operasi ketenteraan Israel yang berterusan di bandar Jenin Tebing Barat sebagai “jenayah perang baharu” terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu.
  • Sembilan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat, termasuk tujuh di Jenin pada Isnin, manakala 27 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan.
  • “Apa yang dilakukan oleh pemerintah Israel di bandar Jenin dan kemnya adalah jenayah perang baharu terhadap rakyat kita,” kata jurucakap pihak berkuasa Palestin, Nabil Abu Rudeineh dalam satu kenyataan.
  • Kementerian Luar Palestin turut menyifatkan operasi Jenin sebagai “pencerobohan biadab” dan mendakwa ia sebahagian daripada dasar rasmi Israel menggunakan kekuatan tentera sebagai alternatif kepada penyelesaian konflik.
  • Jurucakap tentera Israel Daniel Hagari mendakwa operasi ketenteraan itu tertumpu kepada kem pelarian Jenin dan menurut sumber, lebih 1,000 tentera terlibat dalam operasi Jenin.

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada Isnin menyifatkan operasi ketenteraan Israel yang berterusan di bandar Jenin Tebing Barat sebagai “jenayah perang baharu” terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Sembilan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat, termasuk tujuh di Jenin pada Isnin, manakala 27 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel di bandar Jenin dan kemnya adalah jenayah perang baharu terhadap rakyat kita,” kata jurucakap PA Nabil Abu Rudeineh dalam satu kenyataan.

“Rakyat Palestin tidak akan menyerah atau mengibarkan bendera putih, tetapi akan tetap teguh mempertahankan tanah mereka dalam menghadapi pencerobohan kejam ini sehingga kebebasan dicapai,” katanya.

Jurucakap tentera Israel Daniel Hagari mendakwa operasi ketenteraan itu tertumpu kepada kem pelarian Jenin.

Menurut sumber, lebih 1,000 tentera terlibat dalam operasi Jenin.

Abu Rudeineh juga menyeru masyarakat antarabangsa “untuk tidak berdiam diri dan mengambil tindakan serius memaksa Israel menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin, dan memaksa mereka bertanggungjawab atas semua jenayah ini.”

Kementerian Luar Palestin menyifatkan operasi Jenin sebagai “pencerobohan biadab”, dan mendakwa ia sebahagian daripada dasar rasmi Israel “menggunakan kekuatan tentera sebagai alternatif penyelesaian konflik.”

Kementerian itu menggesa masyarakat antarabangsa untuk “menghentikan serta-merta pencerobohan,” dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa “mula bertindak dan meminta Israel bertanggungjawab terhadap jenayah perang”, lapor Agensi Anadolu.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan Israel ke bandar-bandar Palestin.

Hampir 190 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan. 

Sumber:  Astro Awani 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending