Connect with us

Antarabangsa

OIC desak cegah pembakaran al-Quran

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa langkah kolektif dilaksanakan bagi mengelakkan insiden pembakaran al-Quran berlaku lagi pada masa depan.

Wartawan TMT

Published

on

OIC desak cegah pembakaran al-Quran
Foto: Gambar logo Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
  • Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa langkah kolektif dilaksanakan bagi mengelakkan insiden pembakaran al-Quran berlaku lagi pada masa depan.
  • OIC mengadakan mesyuarat tergempar susulan insiden membabitkan seorang warga Iraq yang tinggal di Sweden, iaitu Salwan Momika, 37, yang bertindak mengoyak dan membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm iaitu hari pertama cuti perayaan Aidiladha bagi umat Islam.
  • OIC menggesa negara anggota mengambil langkah bersatu dan kolektif bagi mencegah berulangnya insiden mencemarkan al-Quran.
  • Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha, berkata pihaknya menegaskan keperluan untuk menghantar mesej yang jelas bahawa perbuatan mencemarkan al-Quran bukan satu insiden Islamofobia biasa.
  • “Kita mesti menghantar peringatan berterusan kepada masyarakat antarabangsa mengenai penggunaan segera undang-undang antarabangsa yang jelas melarang sebarang advokasi kebencian agama,” katanya dalam kenyataan.

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa langkah kolektif dilaksanakan bagi mengelakkan insiden pembakaran al-Quran berlaku lagi pada masa depan.

OIC mengadakan mesyuarat tergempar susulan insiden yang membabitkan seorang warga Iraq yang tinggal di Sweden, iaitu Salwan Momika, 37, yang bertindak mengoyak dan membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm iaitu hari pertama cuti perayaan Aidiladha bagi umat Islam.

OIC juga menggesa negara anggota untuk mengambil langkah bersatu dan kolektif bagi mencegah berulangnya insiden mencemarkan al-Quran.

Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha, berkata pihaknya menegaskan keperluan untuk menghantar mesej yang jelas bahawa perbuatan mencemarkan al-Quran bukan satu insiden Islamofobia biasa.

“Kita mesti menghantar peringatan berterusan kepada masyarakat antarabangsa mengenai penggunaan segera undang-undang antarabangsa yang jelas melarang sebarang advokasi kebencian agama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengutuk tindakan pembakaran al-Quran berkenaan dan menyifatkan insiden terbabit sebagai tindakan keji.

Negara anggota OIC termasuk Iraq, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maghribi sudah memanggil duta mereka di Sweden sebagai tanda protes terhadap insiden terbabit.

Sebelum ini, polis Sweden memberikan Salwan permit selaras dengan perlindungan hak kebebasan bersuara, bagaimanapun pihak berkuasa Sweden kemudiannya mendakwa mereka membuka siasatan terhadap insiden terbabit. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending