Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Muslim tidak setaraf dengan kami – Pemimpin kanan BJP

Sebuah video wawancara pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata (BJP), Subramanian Swamy dengan wartawan, Isobel Yeung yang dirakamkan tiga tahun lalu kembali tular di media sosial baru-baru ini.

A.R. Khan

Published

on

Muslim tidak setaraf dengan kami – Pemimpin kanan BJP
Foto: Pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata (BJP), Subramanian Swamy (kanan).

Sebuah video wawancara pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata (BJP), Subramanian Swamy dengan wartawan, Isobel Yeung yang dirakamkan tiga tahun lalu kembali tular di media sosial baru-baru ini.

Video dimuat naik di pelbagai platform media sosial itu menampilkan Subramanian yang juga bekas Ahli Parlimen India mendakwa, “jika penduduk Muslim melebihi tiga puluh peratus (dalam sesebuah negara), negara itu dalam bahaya”.

Isobel menyifatkan dakwaan pemimpin kanan BJP, yang juga parti pemerintah di India, sebagai ucapan kebencian.

Subramanian bagaimanapun menafikan dakwaan wartawan itu sambil tertawa sinis dan menegaskan yang dia sedang berbuat baik apabila menghalang penganut Islam memasuki India.

Memetik Perlembagaan India yang menjamin kesamarataan bagi semua warga India, Isobel bertanya kepada pemimpin BJP itu, apakah Muslim tidak mempunyai hak sama rata dalam hak kewarganegaraan.

“Tiada istilah ‘hak sama rata’ bilamana kesamarataan itu tidak berada dalam kategori yang sama,” kata Subramaniam merujuk kepada lebih 200 juta penganut Islam di India, bersamaan 15 peratus daripada 1.4 billion populasi India. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
  • Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
  • Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
  • Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
  • Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending