Connect with us

Antarabangsa

Murid digantung sekolah kerana gelar rakan transgender ikut jantina sebenar

Sebuah sekolah daerah di California, Amerika Syarikat (AS) menggantung persekolahan dua murid selama lima hari kerana menggunakan kata ganti diri yang ‘salah’ terhadap seorang murid transgender.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Murid digantung sekolah kerana gelar rakan transgender ikut jantina sebenar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua murid Sekolah Tinggi Herbert Hoover, California, Amerika Syarikat (AS) digantung persekolahan selama lima hari kerana menggelar seorang murid transgender dengan kata ganti diri mengikut jantina asalnya.
  • Perkara itu didedahkan menerusi satu e-mel oleh bekas pengetua sekolah berkenaan.
  • Perbuatan menggunakan kata ganti diri yang ‘salah’ terhadap seseorang boleh dianggap sebagai satu perbuatan buli, bergantung pada niat yang dizahirkan murid tersebut. – Jurucakap Daerah Sekolah Bersatu Glendale (GUSD).

Sebuah sekolah daerah di California, Amerika Syarikat (AS) menggantung persekolahan dua murid selama lima hari kerana menggunakan kata ganti diri yang ‘salah’ terhadap seorang murid transgender.

Memetik laporan Fox News, perkara itu didedahkan menerusi satu e-mel oleh bekas pengetua sekolah berkenaan, Sekolah Tinggi Herbert Hoover yang terletak di Daerah Sekolah Bersatu Glendale (GUSD).

Jennifer Earl yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan sebagai pengetua itu memaklumkan yang dua murid tersebut menggunakan kata ganti diri mengikut jantina asal seorang murid transgender.

Dua murid itu kemudian melarikan diri apabila seorang guru cuba untuk ‘memperbetulkan’ mereka.

“Saya bertanya kepada guru (yang terlibat dalam kejadian itu) bagaimana dia mahu menanganinya, apakah dia mahu saya hanya mengajar mereka tentang kesalahan gelaran jantina atau adakah dia mahu saya bercakap mengenai menjadi seorang transgender.

“Dia meminta saya untuk mendidik berkenaan transgender. Ia diterima baik daripada pelajar dan ibu bapa. (Pemulihan keadilan) akan berlaku selepas penggantungan,” kata Jennifer.

Menurut GUSG, perbuatan menggunakan kata ganti diri yang ‘salah’ terhadap seseorang boleh dianggap sebagai satu perbuatan buli, bergantung pada niat dizahirkan murid tersebut.

“Seorang murid tidak pernah dihukum, apatah lagi digantung kerana menggunakan kata ganti nama yang salah secara tidak sengaja untuk merujuk kepada rakan sebaya atau kakitangan.

“Bagaimanapun, pelajar boleh digantung kerja jika tindakan itu meningkat kepada gangguan atau buli,” kata jurucakapnya.

Sumber: Fox News

Author